Dr. Steven T. Cutbirth merupakan seorang doktor gigi telah bercuti ke Bahama untuk mencuba free diving. Steven telah ke sana bersama anak mertua untuk menikmati laut yang cantik sambil menangkap ikan selain mencuba free diving.
Steven dan anak mertuanya akan cuba menangkap beberapa ekor ikan di satu tempat sebelum berpindah-pindah ke tempat lain dengan menaiki bot untuk membuat penangkapan yang lain kerana khuatir akan kehadiran jerung yang banyak di kawasan itu.
Tapi malang bagi Steven. Ketika sedang leka menangkap ikan di kawasan yang baru, seekor jerung sebesa 1.9 meter telah meluru ke arah mereka. Keadaan sudah terlambat bagi Steven kerana jerung itu sudah terlalu dekat ketika Steven sedar akan kehadiran jerung itu. Steven telah di serang oleh makhluk laut itu dan menceritakannya pengalaman pahit itu di dalam akaun Facebooknya.
Hentakan dari jerung itu sangat kuat seperti di langgar oleh pemain American Football. Saya tercengang dan menjadi bingung dengan kejadian sekelip mata itu. Saya nampak gigi taring jerung di dalam mulutnya yang terbuka luas itu setelah membuka mata kanan saya.
Steven telah di serang beberapa kali oleh jerung itu termasuk di bahagian kaki kanan, tetapi melawan kerana terdapat lembing yang digunakan ketika menangkap ikan. Dia juga sempat menendang jerung itu beberapa kali sebelum berjaya naik ke atas bot.
Muka Steven selepas serangan.
Topeng selam yang di gigit jerung.
Kaki Steven selepas serangan.
P/S: Kepada mereka yang suka pegi snookerling ke scuba diving ke, pastikan la yang tempat kite pergi tu selamat ya..