August 11th, 2016

Selaku seorang lelaki sejati, Abang Nara memang jarang nak berselfie. Namun Abang Nara memahami mereka (terutamanya kaum Hawa) yang gila selfie. Wife Abang Nara setiap pagi akan berselfie di dalam kereta ketika dalam perjalanan kami ke menghantar anak ke sekolah. Kadang-kadang Abang Nara turut sama meng”interframe”. Seronok jugak berselfie ini bila gambar yang diambil menampakkan kehenseman dan kecantikan kita.

 photo 1_2.jpg

Selfie Abang Nara dan best friend, Cristiano Ronaldo ketika zaman belajar di universiti dulu

Tapi nak ambil selfie bukanlah satu perkara yang mudah. Payah beb!!! Dalam 20 selfie yang diambil, hanya satu je yang boleh digunakan betul-betul. 19 lagi kena delete sebab tak menepati citarasa. Cahaya tak cukuplah, sudut tak betullah, muka nampak gelap dan macam-macam lagi masalah. Kalau smartphone anda kameranya tidak cukup canggih, jangan haraplah nak dapat gambar selfie yang cun melecun. Silap-silap muka kita dalam kamera lagi tak cun/tak kacak berbanding muka di real life.

 photo 2_2.jpg

Nora Danish kalau selfie memang cun melecun. Cair jiwa ini dibuatnya!

Sebab itulah Abang Nara teruja apabila mendapat tahu Oppo akan mengeluarkan Oppo F1s dalam masa terdekat lagi. Oppo F1s adalah kamera yang memfokuskan kepada fotografi (sebab itulah huruf F kat depan tue) dan adalah pilihan terbaik untuk mereka yang gila berselfie.

 photo 3_1.jpg

Dengan kamera hadapan 16 mega piksel dan juga applikasi Beautify 4.0, Oppo F1s ini adalah idaman semua wanita dan lelaki yang gilakan selfie. Sekali tekan je, gambar yang keluar confirm cun melecun dan kacak bergaya. Tak payah nak berselfie sampai 20, 30 kali untuk dapatkan gambar yang sempurna. Sekali dua dah cukup. Confirm follower Instagram dan Facebook anda akan bertambah 5 kali ganda selepas menggunakan Oppo F1s ini.

Jika perlukan gambar selfie yang lebih Flawless dan menarik, anda boleh mengaktifkan 7 jenis beautifikasi yang ada di dalam kamera OPPO F1s. Menarikkan? Jadi lepas ni anda semua boleh cantik seperti Nora Danish.

 photo 4_1.jpg

perghh..cantik gila Nora!

 photo 5_1.jpg

kombinasi selfie terhebat..Oppo F1s dan Nora Danish!

 photo 6_2.jpg

Dengan Oppo F1s anda hanya perlu sentuhan jari untuk melancarkan applikasi kegemaran anda. Memang makin mudah la nak pakai smartphone, lagi-lagi Oppo F1s, macam-macam fungsi yang cukup kreatif!

 photo 7.jpg
Rekaan Oppo F1s ini pun memang cantik dan mudah untuk dipegang. Saiznya pun cukup-cukup untuk dipegang satu tangan ketika berselfie. Tak adalah tiba-tiba phone terjatuh atas muka sebab tak muat tangan nak pegang. Dan yang paling penting, Nora Danish selaku selebriti Malaysia yang paling banyak followers di Instagram adalah pengguna setia Oppo F1s. Kalau Nora Danish pun dah akui kehebatan kamera selfie Oppo F1s, siapalah kita ini yang ingin mempertikaikannya?

Harga OPPO F1s yang baru dilancarkan secara rasmi semalam ialah RM1,198.00 OPPO F1s ni belum official di jual kat Malaysia lagi, jadi kalau korang berminat nak dapat kan OPPO F1s ni atau korang nak hadiah kan sebijik kat wife ke, korang boleh pre order di sini, dan buat pembayaran penuh.

Kalau korang bertuah mungkin ada artis yang datang kat rumah korang untuk hantar sendiri OPPO F1s kat tangan korang. Menarik? Jom Pre order sekarang sehingga 19 Ogos 2016.

Inginkan maklumat lanjut tentang kehebatan OPPO F1s ni, korang boleh layari Facebook Oppo Malaysia dan Instagram @oppomalaysia.

Selamat Berselfie!


Comments are closed.

Loading...