Sejak beberapa tahun lepas, pelbagai resipi diolah dan bermacam jenis makanan tumbuh bak cendawan lepas hujan sehingga tular di media sosial.
Selalunya ia adalah sesuatu makanan yang memang sudah biasa dijual namun ditambah dengan elemen rasa atau rupa yang berbeza.
Roti adalah antara contoh makanan yang mempunyai pelbagai perisa, rupa dan variasi namun baru-baru ini gambar makanan dimuat naik di Facebook mengundang komen tidak elok daripada sesetengah netizen.
Menerusi perkongsian itu, roti tersebut dilihat mempunyai inti yang banyak dan dicicah dengan kuah namun bentuknya pula yang mendapat komen ‘double meaning’ daripada mereka.
Berdasarkan komen-komen tersebut, sesetengah netizen ‘otak kuning’ seolah-olah menyamakan ia dengan kemaluan wanita kerana ia mempunyai inti meleleh keluar dari roti.
Bukan itu sahaja, ada yang turut akui berasa malu melihat roti tersebut dicipta dengan rupa yang sedemikian.
Dalam pada itu, segelintir netizen mengkritik individu yang berfikir bukan-bukan sehingga makanan pun mahu disamakan dengan anggota badan.
Kenapa makanan pun korang nak double meaning? Semua benda nak fikir bukan-bukan.