Gambar yang bertarikh 18 Mac 2012 itu jelas menunjukkan wajah remaja OKU yang bernama Muhammad Firdaus Dullah, 15, lebih berisi dan terurus.
Berbeza dengan keadaannya pada Sabtu, yang ditemui dalam keadaan menyayat hati serta kurus sehingga menampakkan benjolan tulang.
Wanita yang dipercayai ibu kepada Muhammad Firdaus telah diberkas sebaik pulang ke rumahnya di sebuah unit Rumah Pangsa Taman Semarak, Nilai awal pagi Sabtu lalu dan direman selama empat hari.
Wanita terbabit dilaporkan berasal dari Sabah dan difahamkan kes tersebut dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut merupakan gambar terbaru remaja tersebut yang semakin pulih setelah diselamatkan
Remaja lelaki itu kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar.
Sementara itu, Pengarah Imigresen Negeri Sembilan (Faizal Fazri) berkata keadaan remaja OKU itu semakin baik dan keadaannya lebih terurus.
“Rambutnya telah digunting nipis manakala perutnya tidak lagi kempis kerana diberi makan dan beliau lebih tenang.
“Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang kepadanya,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat remaja itu hari ini.
Menurutnya remaja itu juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.