Gambar ‘Photoshoot Outdoor’ Atas Bumbung Jadi Pilihan Pengantin, Elak Risiko Kena Kompaun

Trending

Gambar ‘Photoshoot Outdoor’ Atas Bumbung Jadi Pilihan Pengantin, Elak Risiko Kena Kompaun

Sebuah perkahwinan tidak akan lengkap tanpa foto kenangan bersama pasangan. Menjelang hari perkahwinan, rata-rata pasangan pengantin pasti akan memilih tema dan tempat yang menarik untuk bergambar kan.

Namun lain pula yang terjadi kepada pengantin perempuan ini apabila keunikan yang dipilih adalah bergambar diatas bumbung rumah. Wow!

Advertisement

Hasil penggambaran outdoor dari jurugambar ini turut mendapat perhatian ramai apabila dikongsi di aplikasi Tiktok.

Berkongsi kisah dengan Mstar, jurugambar yang dikenali sebagai Ariff Rosly berkata idea tersebut dihasilkan selepas perbincangan dengan pengantin.

“Apabila jurugambar rakam majlis seperti ini, kita perlu ada jalan cerita..kebiasaanya kita akan shoot bermula daripada bersolek, bernikah, sarung cincin dan seterusnya, termasuklah akhir sekali iaitu penggambaran outdoor”

Jurugambar itu turut berkata memandangkan ketika ini masih lagi dalam tempoh PKP, sememangnya terdapat sedikit kekangan.

“Pengantin pun bimbang, takut dikenakan kompaun”

Oleh itu, lelaki itu mengambil keputusan untuk shoot sahaja di rumah tingkat dua yang kebetulan ada laluan untuk ke bumbung. Selepas pengantin perempuan bersetuju, maka terjadilah outdoor atas bumbung tersebut. Lain dari yang lain tak?

“Mula-mula tanya juga pengantin, kalau tak okay tak perlu buat di situ tapi dia okay saja” Ujar jurugambar yang berusia 25 tahun ini.

Tambah Ariff juga, penggambaran tersebut hanya melibatkan pengantin perempuan sahaja kerana pada masa itu, pengantin lelaki kurang sihat.

Lebih menarik, sebenarnya masa yang diambil untuk sesi bergambar itu hanya sekitar 15 minit.

“Pengantin perempuan ada background sebagai model, jadi tidak sukar untuk dia melakukan pelbagai pose”

Menurutnya, ada juga yang memberi komen positif terhadap idea outdoor itu, tidak kurang juga yang memberi komen ‘prihatin’ dan nasihat.

“Ada juga yang berikan komen negatif contohnya aspek keselamatan. Tambahan, ada yang komen kata gambar pengantin overexposed

Tambah lelaki ini,sejurus pulang dari shooting, dia terus edit dan gunakan telefon bimbit sahaja untuk dikongsi pada media sosial. Pun begitu, gambar tersebut bukanlah proses akhir suntingan.

“Semestinya team saya akan berikan yang terbaik untuk client”

Ariff yang mempunyai ijazah dalam bidang fotografi berkata, seorang jurugambar perlu kreatif khususnya ketika berdepan dalam situasi tidak dijangka sewaktu penggambaran. Tambahnya sambil berkata dia dan rakannya sedang membuat persiapan untuk membuka studio, bulan depan.

Sebelum mengakhiri perkongsian bersama Mstar, Ariff turut berkata jurugambar harus lebih kreatif dan perlu ada plan A dan B.

“Sama kes macam outdoor atas bumbung ni, kerana kekangan PKP” Ujarnya yang sudah berkecimpung dalam bidang fotografi sejak 2014 lagi.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...