Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan dakwaan skandal Adi Putra dengan seorang wanita, kali ini satu lagi berita mengejutkan tentang pelakon ini tersebar. Khabar angin sedang bertiup kencang mendakwa pelakon tersebut telah pun berkahwin buat kali kedua dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun. Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan berlangsung di kediaman pihak pengantin perempuan dengan disaksikan keluarga dan sahabat karib. Isteri kedua Adi Putra ini juga dikatakan rakan kongsi perniagaan Adi sejak setahun lalu dan Adi merupakan suaminya yang ketiga.
Menurut pengirim gambar, isteri kedua Adi Putra merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan. Diminta mengesahkan dakwaan ini, Aida Yusof, isteri Adi Putra enggan mengulas lanjut dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Sementara itu Adi Putra pula tidak dapat dihubungi menerusi telefon.
Sudah tentu berita ini mengejutkan semua pihak terutamanya peminat Adi Putra. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripadanya. Sumber Astro Gempak.