Pelik juga Abang Nara dengan industri hiburan tanah air kita ini. Asalkan mula mencipta nama, pasti akan ada gambar yang kurang elok tersebar. Entah di mana silapnya, kali ini yang menjadi mangsa ialah pelakon ‘sado’ yang popular menerusi drama Rindu Awak 200%, Zul Ariffin. Kini berada di Langkawi, gambar ini didakwa di ambil di sebuah kelab malam di sana. Identiti gadis yang dipeluk oleh Zul Ariffin ini tidaklah pula diketahui.
Mungkin gambar yang genuine atau sekadar super impose untuk menjatuhkan reputasi Zul Ariffin. Iyerlah, orang tengah popular mesti ramai yang benci kan? Lagi lagi lelaki kacak dan bujang seperti Zul Ariffin nie. Kemungkinan untuk gambar ini adalah super impose memang ada kerana tidak kelihatan ke’sado’an pada tangan Zul Ariffin. Nampak kurus kering semacam je sedangkan lengan Zul Ariffin kalau tengok dari jauh pun dah boleh nampak ketaknya.
Sama-samalah kita nantikan penjelasan Zul Ariffin. Pasti ada penerangan yang akan dapat memuaskan hati semua pihak. Apa pun, semoga kontroversi ini membuatkan Zul lebih berhati-hati. Tingkah laku kena jaga, kawan kena pilih elok-elok dan pastikan sedar keadaan sekeliling. Orang popular seperti anda pasti akan ada mata yang memandang sentiasa. Tak gitu? Sumber Forum Cari.
P.S: Garfi, kucing paling pemarah di dunia