Gambar Neelofa Cetus Kontroversi, Peminat Bertelagah Sesama Sendiri

Hiburan

Gambar Neelofa Cetus Kontroversi, Peminat Bertelagah Sesama Sendiri

Ok secara jujur Abang Nara juga agak terkejut apabila Neelofa berkongsi gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Tak pasti apa yang sedang dilakukan kerana tiada penjelasan yang diberikan oleh Neelofa. Namun gambar ini ternyata menimbulkan kontroversi apabila ratusan komen dihantar oleh peminat di gambar tersebut. Ada yang mempersoalkan gambar tersebut, ada yang menyatakan ia adalah satu teknik perubatan Islam. Malah ada yang bertelagah sesama sendiri.

neelofa

Advertisement

Mungkin tertekan dengan komen-komen negatif yang telah diterima oleh kakaknya, adik kepada Neelofa iaitu Ameera telah tampil memberikan komen yang agak kasar. Terkejut juga Abang Nara membacanya. Namun begitu komen Ameera ini telah pun dipadamkan termasuk dengan komen-komen negatif lain.

neelofa

Neelofa pasti tahu apa yang sebenarnya dilakukan olehnya. Pada pendapat Abang Nara, gambar sebegini tidak wajar dikongsi di media sosial kerana mampu menimbulkan persoalan orang ramai, lebih-lebih lagi dengan imej Neelofa selaku gadis bertudung. Abang Nara tak pandai sangat bab-bab agama ini jadi taknaklah komen. Kita beri peluang kepada yang pakar untuk mengulasnya kelak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...