Kemesraan Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K memang jelas terserlah menerusi 2 keping gambar yang dikongsikan oleh penyanyi nombor 1 negara ini. Sehingga ke saat ini, kedua-dua gambar tersebut telah mendapat lebih kurang 25,000 LIKE setiap satu. Malah kebanyakan komen menulis yang pasangan ini ‘so sweet’ dan masih romantik walaupun sudah bertahun-tahun berkahwin.
Walaupun ada yang melahirkan rasa cemburu, ia hanya segelintir sahaja. Kebanyakannya mendoakan agar Datuk K dan Siti terus mengecapi kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Malah ramai yang mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.
Kepada Siti dan Datuk K, anda berdua sememangnya romantis dan harus dicontohi oleh pasangan suami isteri yang lain. Semoga berbahagia bersama, semoga cepat-cepat dapat cahaya mata dan semoga terus menyayangi.
P.S: Pengusaha bas boleh didenda