Dikelilingi tasik serta permandangan yang indah, Tadom Hill Resort merupakan tarikan baru di Malaysia terutamanya kepada mereka yang gemar menikmati keindahan alam semula jadi.
Antara aktiviti yang yang boleh dilakukan oleh pelancong ialah berkhemah, berkayak serta bermandi-manda di tasik berkenaan.
Lokasi ini pastinya menarik minat rakyat malaysia yang gemar bercuti. Tak perlu ke bali dan phuket untuk menikmati pemandangan yang indah.
Sempena pembukaan rasmi, penganjur Resort menawarkan 3 jenis pakej penginapan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Bamboo Hut pada harga yang berpatutan.
Tempahan boleh dibuat menerusi email @tadomhillresorts.com ataupun melalui talian 017-5525306.