Gambar Menarik Menggunakan Drone Yang Dirakam Di Sekitar Ibu Kota

Teknologi

Gambar Menarik Menggunakan Drone Yang Dirakam Di Sekitar Ibu Kota

Beberapa tahun dahulu tidak ramai yang tahu mengenai drone dan cara penggunaannya. Namun berbeza sekarang apabila fotografi dan videografi drone semakin mendapat perkembangan yang pesat.

Drone semakin mendapat  permintaan terutamanya untuk fotografi dan videografi bagi sebarang acara, penggambaran bahkan untuk majlis perkahwinan pun ada.

Advertisement

Disini kami kongsikan antara gambar menarik menggunakan drone yang diambil oleh Hendrik Sulaiman yang dikongsikan di laman Facebooknya. 

Antara drone shot yang popular tak lain dan tak bukan gambar ketika matahari terbit atau terbenam. Kalau lihat mana-mana koleksi gambar drone, mesti akan ada punya lah shot macam ni.

Lihat sahaja macam mana Masjid Shah Alam ini nampak berbeza daripada biasa.

Gambar yang dirakamkan di ibu kota Kuala Lumpur ini dirakamkan sewaktu matahari terbit. Siapa sangka Kuala Lumpur secantik ini pada awal pagi, kan?

Ini pula antara gambar waktu malam yang dirakamkan di sekitar ibu kota. Kalau bukan sebab bangunan ikonik KLCC Tower ini, mesti ramai yang sangka gambar ini dirakamkan di luar negara.

Nampak macam antara babak dalam filem aksi kan? Untuk lihat koleksi gambar selebihnya boleh ke laman Facebook Hendrik Sulaiman.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...