Pernah menerima jolokan Malaysia’s Sweetheart pada zaman kegemilangannya, karier seni Lisa Surihani kini tidak serancak dulu kerana lebih menumpukan kepada keluarga setelah melahirkan dua anak hasil perkahwinan dengan Yusri KRU.
Namun sehari dua ini nama Lisa kembali diperkatakan apabila gambarnya mengenakan seluar pendek telah tersebar. Khabarnya, gambar tersebut bukan dikeluarkan oleh Lisa sendiri, sebaliknya di sebuah akaun Instagram kenalannya.
Netizen berpendapat sebagai ibu dua anak dan seorang selebriti beragama Islam, Lisa tidak sesuai mengenakan shortpants. Tambahan pula kakinya dikatakan berselulit, mungkin juga cair biji mata Netizen melihatnya.
Boleh dikatakan, Malaysia’s Sweetheart pun tidak dianggap buah hati masyarakat Malaysia lagi apabila berpakaian tak kena gaya. Apa pun tahap keyakinan diri Lisa memang terbaik!
Sumber: Forum Cari