(Gambar) Lihat Hasil Ubah Suai Rumah Subsale Dengan Modal Hanya RM8K

Trending

(Gambar) Lihat Hasil Ubah Suai Rumah Subsale Dengan Modal Hanya RM8K

Sekarang ni ramai ejen hartanah yang selalu mengiklankan tentang rumah subsale atau rumah second hand di media sosial. Ada orang yang beli rumah subsale sebagai rumah kedua mereka, ada juga yang membelinya sebagai rumah pertama kerana mereka boleh beli rumah ini dengan harga yang lebih murah dari pasaran biasa.

Tapi, dah namanya pun rumah second hand kan, mesti banyak benda yang perlu diubah suai dan dibetulkan untuk menjadikan rumah itu lebih cantik dan mengikut citarasa anda sebagai pemilik baru. Anda mesti pening kepala nak fikirkan kos untuk ubah suai tu kan.

Advertisement

Seorang pensyarah & juga aktif dalam dunia pelaburan hartanah, Dr. Azizul Azli Ahmad, berkongsi di Facebooknya bagaimana dia boleh mengubah suai rumah subsale yang dibelinya dengan kos sebanyak RM8 ribu dan hasilnya sangat menakjubkan.

Sebelum

Rumah ini dibelinya melalui pasaran subsale dimana pemilik asal menjualnya kerana ingin berpindah ke tempat lain. Dahulunya rumah ini disewakan kepada pelajar kerana terletak berdekatan dengan universiti. Terdapat bahagian rumah yang sudah pecah & perlu diperbaiki.

Rumah yang terletak di kawasan bandar Universiti Seri Iskandar, Perak ini dibeli oleh Dr Azizul pada 2 tahun lepas. Kini ianya disewakan kepada seorang pensyarah wanita berasal dari Indonesia yang berkhidmat dengan UTP.

Harga rumah teres 1 tingkat yang dibeli oleh Dr Azizul ini berharga RM63000 sedangkan harga pasaran mencecah RM130,000.

Untuk kos ubahsuai rumah teres setingkat ini, beliau membelanjakan RM6,000 termasuk kos membaiki pagar dan tambahan ruang dapur.

Kos hiasan dalaman pula berjumlah RM1,000. Kebanyakan barangan untuk hiasan dalaman seperti seperti sofa, meja makan, kerusi, frame dan rak besi dibeli dari IKEA. Gaji tukang cat adalah RM400 untuk dua orang pekerja selama 2 hari. Kos beli cat pula RM350 sahaja.

Menurut beliau lagi, pembiayaan dan pinjaman bank untuk kediaman ini hanya 70% dari harga asal iaitu RM44,100, dari Maybank. Bayaran bulanan hanya RM223 sebulan sementara kadar sewa semasa yang diberikan adalah RM700 dengan satu penghawa dingin di bilik utama.

Selepas

“Letakkan sedikit pohon plastik agar rumah kita tidak kelihatan terlalu ‘keras’. Elemen semulajadi penting.”

Dia turut memberikan beberapa tips terumatanya untuk anak-anak muda yang ingin memiliki rumah sendiri.

1. Rumah mampu beli tetap ada.

2. Tidak semua rumah mahal jika kita pandai mencari

3. Pasaran subsale dan lelong tawarkan nilai yang lebih baik dalam hartanah

4. Ubahsuai rumah tidak makan belanja mahal jika kita kreatif.

5. Beli rumah kecil

“Beli sebuah rumah kecil dan jadi pemilik hartanah yang baik. Buat simpanan agar anak kita tak meminjam waktu belajar nanti, bukan untuk kita joli.”

Semoga boleh menjadi sumber inspirasi anda di luar sana untuk membeli rumah atau mengambil sedikit ilham dekorasi rumah teres satu tingkat seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...