Gambar Laluan Terbaru Pesawat #MH370 Menguatkan Teori Perbuatan Disengajakan

Trending

Gambar Laluan Terbaru Pesawat #MH370 Menguatkan Teori Perbuatan Disengajakan

Gambar terbaharu berkenaan dengan laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah anggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, gambar itu merupakan satu “pencerahan baru” yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Advertisement

Gambar itu menunjukkan MH370 membuat pusingan kanan 270 darjah dan sumber ini menguatkan teori bahawa kejadian ini adalah perbuatan yang disengajakan. Kapten Nik juga berkata, pusingan ini dibuat dengan teliti dan kemungkinan penumpang tidak akan merasa sebarang gerakkan yang mencurigakan.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan,” kata Nik Huzlan

jika video tidak boleh dipaparkan. sila ke link ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...