Gambar KLCC Dan Genting Bukanlah Fake, 100% Tulen

Trending

Gambar KLCC Dan Genting Bukanlah Fake, 100% Tulen

Cuba anda lihat gambar ini? Adakah anda semua merasakan gambar ini hanya di edit bukannya gambar tulen?

Pasti anda semua pernah melihat gambar KLCC berlatar belakangkan Genting Highland. Jika anda semua tahu, gambar ini telah diviralkan selepas ia telah dimasukkan ke dalam Facebook pada 5 Mei lepas.

Advertisement

Gambar ini telah diambil oleh seorang pelajar pergigian, Tan Jun Hong kemudian dikongsikan ke dalam akaun Facebook miliknya dan telah dikongsikan lebih dari 5,000 orang warga media sosial.

Gambar yang diambil oleh pelajar ini telah membuatkan ramai netizen memberi persoalan tentang kebenaran sebenar gambar ini. Adakah gambar ini ‘fake’?

Lelaki berusia 24 tahun ini juga telah menjelaskan bahawa sebahagian daripada lensa yang digunakan adalah peralatan khusus bagi sebuah gambar.

Gambar ini telah diambil dari rumah persendirian berdekatan dengan Bukit Jalil pada satu malam yang sangat jelas.

Selepas beberapa pengguna masih tidak yakin, Jun Hong memuat naik entri di dalam Facebook miliknya menjawab semua persoalan paling kerap ditanya sejak foto itu menjadi viral.

Saya kekurangan kanta zoom. Sebaik sahaja saya mendapat kanta zoom, nasib saya baik kerana dapat mengambil gambar pemandangan yang menakjubkan ini.

Saya telah dirikan tripod, tetapkan time-lapse sambil menonton  Game of Thrones musim ke-8, episod 3.

Adakah ini photoshoppe? Ya dan tidak. Bergantung pada apa yang anda maksudkan dengan photoshoppe. Saya menggunakan Photoshop bersama-sama dengan Lightroom untuk melakukan beberapa peningkatan asas, pelarasan nada, tetapi tiada penggabungan gabungan dalam foto ini.

Beliau turut memberitahu bahawa sejak setahun lalu memang ingin mengambil gambar pemandangan KLCC yang berlatar belakangkan Genting Highland.

Tan berkata, ibu bapanya membelikan beliau kamera ketika usianya 15 tahun dan beliau belajar belajar teknik mengambil gambar dari pak ciknya dan juga Youtube.

Fotografi adalah hobi saya. Saya sekarang masih lagi belajar dalam bidang pergigian.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...