Gambar Kenangan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (9 GAMBAR)

Trending

Gambar Kenangan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 (9 GAMBAR)

Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripanya memperoleh pingat) disertai 3638 atlet. Sukan Komanwel merupakan batu loncatan dalam pembangunan negara apabila RM 561 juta dibelanjakan untuk membina infrastruktur bagi menjayakan acara sukan termasuk pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil, 21 gelanggang sukan, dan Pusat Penyiaran Antarabangsa. Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium ini boleh menempatkan sehingga 100 000 penonton dan juga mempunyai trek balapan. Perkampungan sukan pula merangkumi pembinaan 30 buah blok pangsapuri yang boleh menempatkan lebih kurang 6000 atlet dan pegawai sukan. Perkampungan sukan ini hanya terletak 500 meter dari stadium utama dengan dilengkapi sistem pengangkutan awam iaitu LRT.

komanwel 98 1

Advertisement

Tokoh legenda badminton negara mendiang Datuk Punch Gunalan memegang baton mewakili Malaysia menerima baton Sukan Komanwel dari Ratu Elizabeth di Istana Buckingham, London pada 9 Mac 1998

komanwel 98 2

komanwel 98 3

komanwel 98 4

komanwel 98 5

komanwel 98 6

Atlit gimnastik Malaysia Au Li Yen beraksi dalam acara melombol ketika acara pasukan gimnastik saringan pertama pada 13 September 1998. Li Yen seterusnya menjadi atlit gimnastik pertama Malaysia melayakkan diri ke Sukan Olimpik pada 2000 di Sydney, Australia.

komanwel 98 7
Rakyat Malaysia bersorak apabila atlit tinju negara Adnan Yusoh menewaskan lawannya Silence Mabuza dari Afrika Selatan dalam perlawanan suku akhir tinju, kategori 54kg di Sukan Komanwel ke-16, 15 September 1998

komanwel 98 8
Atlit tinju negara Sapok Biki menunjukkan gambar Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau menewaskan Gary Jones dari England dalam pertarungan separuh akhir acara tinju kategori 48kg, Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur, 18 September 1998. Sapok seterusnya memenangi pingat emas dalam kateogri 48kg (lightfly) apabila anak Sarawak itu menewaskan Musa Kinyua dari Kenya 19-13 untuk menjadi atlit Malaysia yang pertama memenangi pingat emas dalam tinju di Sukan Komanwel.

komanwel 98 9
Kapten pasukan hoki negara Mirnawan Nawawi (kanan) bersorak apabila menjaringkan gol dalam perlawanan separuh akhir menentang India di Sukan Komanwel-16 di Kuala Lumpur, 19 September 1998. Pasukan hoki negara menang pingat perak secara keseluruhannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...