June 25th, 2013

Abang Nara rasa, Nelydia Senrose dan Qi Razali ini harus mempercepatkan perkahwinan mereka. Bukan apa, peminat-peminat nampak macam tidak sabar untuk melihat mereka berdua disatukan. Siap buat andaian gambar di bawah adalah gambar mereka pergi menjalani kursus kahwin lagi.

nelydia senrose

Nampak gaya pun memang ada macam tengah berkursus kahwin kan? Sayangnya gambar tersebut diambil untuk rakaman program Akustika Ramadan Raya TV3. Kata Nelydia kepada Berita Harian:-

Memang ramai menganggap kami sudah selamat menjalani kursus perkahwinan. Sebenarnya kami sama-sama diundang untuk program Akustika Ramadan Raya TV3. Demi menghormati bulan mulia itu, kami diminta tampil sopan. Tak sangka pula ada yang tersalah anggap sebaik saja Qi memuat naik gambar itu di laman Instagramnya. Terima kasih kepada yang mendoakan, tetapi gambar itu tiada kena mengena dengan kursus kahwin

nelydia senrose

Untuk makluman, Nelydia baru berumur 19 tahun. Masih terlalu muda untuk mendirikan rumahtangga pada pendapat Abang Nara. Kepada para peminat pasangan kekasih ini, berilah masa kepada Nelydia terutamanya untuk membina kerjayanya terlebih dahulu. 3, 4 tahun lagi kahwinlah diorang berdua. Harap anda semua bersabar ye.

P.S: Mclaren bakal bilik pameran di Kuala Lumpur


Comments are closed.

Loading...