Gambar Hidangan RMT Nasi Dan Kuah Kosong Bukan Hidangan Untuk Pelajar – Radzi Jidin

Berita

Gambar Hidangan RMT Nasi Dan Kuah Kosong Bukan Hidangan Untuk Pelajar – Radzi Jidin

Semalam tular di media sosial Facebook mengenai sebuah hantaran yang dikongsi seorang wanita yang menunjukkan hidangan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang hanya sekadar nasi dan kuah kosong.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Kementerian Pendidikan (KPM) di mana menterinya Datuk Dr. Radzi Jidin yang menjanjikan siasatan terperinci mengenai isu tersebut.

Advertisement

Maklum Dr. Radzi, pihak KPM telah menerima maklum balas mengenai foto tersebut dan telah turun ke sekolah terbabit untuk menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan pemilik Facebook berkenaan, seperti yang dilaporkan BERNAMA.

Siasatan mendapati gambar yang ditularkan itu bukan makanan yang disediakan untuk penerima RMT di sekolah. Makanan bagi semua penerima RMT disediakan oleh pihak kantin untuk murid makan di sekolah sahaja.

Sehubungan dengan itu, Dr. Radzi dan KPM menzahirkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan semua pihak berhubung perkara berkenaan dan berjanji akan sentiasa berusaha untuk menambah baik program RMT termasuklah dalam penyediaan makanan dan bekalan susu untuk penerima.

Tambahnya lagi, pemberian susu kepada murid RMT telah ditambah baik daripada dua kali seminggu kepada setiap hari persekolahan mulai tahun lalu.

RMT Menteri Pendidikan
2 years ago

"Menyedihkan!" - Tular Foto RMT Sekadar Nasi Putih Dan Kuah, KPM Akan Siasat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...