November 3rd, 2017

Anak perempuan Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana mempunyai pengikut tersendiri kerana kecomelan dan kepetahannya berkata-kata walaupun baru berusia tiga tahun. Pada usia semuda ini juga Aaisyah ialah seorang aktres dan model. 

Pada 1 November lepas, Aaisyah telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ketiga di sebuah restoran di Kuala Lumpur. Ianya disambut serba mewah dan dihadiri saudara mara serta rakan terdekat Rozita dan Zain.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Sempena ulangtahun kelahiran Aaisyah juga beberapa orang selebriti telah memberi ucap selamat dalam bentuk rakaman video, antaranya Janna Nick, Alvin Chong, Wany Hasrita, Ayda Jebat, Marsha Milan, Dayang Nurfaizah, Siti Nordiana, Hisham Hamid dan Sherry Ibrahim.

Hai untung betul Aaisyah, malah Uncle Zul Ariffin pun datang buat kejutan raikan sambutan ulang tahunnya beberapa hari sebelum ini. Selamat hari lahir diucapkan buat Aaisyah.

Sumber: Instagram Rozita Che Wan

 

 


Comments are closed.

Loading...