Kami tumpang gembira apabila pasangan Zamarul Hisham dan Diana Rafar telah rujuk. Nampaknya jodoh mereka berdua masih kuat dan cinta antara mereka masih wujud. Yang paling bertuah tentulah anak lelaki mereka, Kashfi Haiqal, 5.
Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor Zamarul Hisham terhadap isterinya, Diana Rafar pada 14 Februari lalu kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.
Hakim Syarie, Mohd Hisyam Zakaria memutuskan keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua belah pihak dan lafaz berkenaan dibuat mengikut hukum syarak.
Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.
Lagi gambar mereka dengam membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Mangotouch.
Sahabat2 yang berada di Pahang…Mohle kita mandi sungai main air..sempena Pesta Air Chenor, Pahang pada 23 & 24 Mei ni…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 16 May 2015