Pengarah drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi dan Cinta Ibadah, Ayie Mustafa atau nama sebenarnya Mazri Mustafa telah melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita bernama Nurul Nadea pada 15 Mei lepas di Masjid Asy-Syakirin KLCC selepas solat Isya’.
Majlis pernikahan beliau turut dimeriahkan dengan kehadiran Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin. Ayie telah terlibat dalam bidang pengarahan drama sejak tahun 1990-an, dengan drama Cinta Antara Benua, Cenderalela dan Salam Tajmahal keluaran Kuasatek Pictures.
Bersama kita doakan pernikahan beliau dan isteri berkekalan hingga ke akhir hayat. Kredit gambar Samsultahir Photography.
Sahabat2 yang berada di Pahang…Mohle kita mandi sungai main air..sempena Pesta Air Chenor, Pahang pada 23 & 24 Mei ni…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 16 May 2015