July 21st, 2009

shout awards

Kami tahu malam majlis Anugerah Shout Awards dah berlangsung Jumaat yang lepas. Bukan sengaja kami taknak paparkan cerita tentang malam tersebut. Cuma baru hari ini dapat gambar-gambar ekslusif malam Shout Awards daripada photographer kami. Memang gambar-gambar nie takkan dijumpai di blog-blog lain melainkan blog kitaorang jer.

Gambar artis di Shout Awards nie kitaorang amik atas red carpet jer. Yang lawaknya, kameraman kami dengan selamba tanpa tag media berjaya amik port cun untuk snap gambar-gambar artis di malam tersebut. Mungkin kamera dia yang agak besar membuatkan dia nampak macam photographer rasmi.

Ramai sungguh manusia-manusia di malam tue. Tambah pulak dengan mereka-mereka yang pergi tengok Manchester United training masa tue. Tapi terima kasih banyak-banyak kepada pihak penganjur Shout Awards sebab prihatin dengan mereka-mereka yang tak ada tiket. Diorang bagi masuk free jer.

Lagi gambar sekitar malam Shout Awards dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

shout awards

shout awards

shout awards

shout awards

shout awards

shout awards

shout awards


Comments are closed.

Loading...