Gambar ‘Edit’ Umpan Pembeli, Produk Jualan Hartawan Kosmetik Gebu Palsu Ini Dirampas

Trending

Gambar ‘Edit’ Umpan Pembeli, Produk Jualan Hartawan Kosmetik Gebu Palsu Ini Dirampas

Timbalan Pengarah Farmasi Negeri Shaikh Nurudin Shaik Shahrudin berkata, penjual pandai mengumpan pelanggan apabila menggunakan iklan testimoni pengguna yang menjadi ‘cantik dan gebu’ dalam masa singkat selepas menggunakan produk mereka.

Advertisement

“Realitinya mereka tidak begitu sebaliknya teknik suntingan gambar menjadikan wajah mereka lebih cantik sebelum memuat naik di dalam laman sosial bagi menarik pelanggan.

“Tindakan itu menyebabkan pengguna terpedaya dan membeli produk walaupun tahu kesan sampingan termasuk kanser kulit kerana kandungan bahan kimia merkuri yang sangat tinggi, sekali gus memberi pulangan lumayan kepada penjual kosmetik ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi negeri.

Menurutnya, faktor harga murah juga menarik pengguna wanita supaya mendapatkan produk yang dijual mereka berbanding produk yang mendapat kelulusan KKM harganya lebih mahal mencecah ratusan ringgit.

“Oleh itu, kami menasihatkan pengguna supaya berhati-hati sebelum membeli produk kosmetik dalam talian kerana kebanyakannya membahayakan kesihatan.

“Iklan yang digunakan mereka seperti lulus KKM tidak benar kerana kandungan bahan kimia dalam produk mereka sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata, pemborong dan penjual kosmetik dalam talian boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 iaitu denda dan penjara lima tahun serta Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda dan penjara dua tahun.

Katanya, kesalahan pertama, penjual kosmetik akan dikenakan denda dan kesalahan kedua atau berulang mereka boleh dipenjara.

Pada masa sama, beliau berkata, laman web penjual atau pemilik kosmetik yang dirampas juga akan ditutup menerusi kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), lapor MetroTV.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.