Gambar Doraemon Sedang Bersedih Viral, Anda Pasti Sebak Bila Tahu Siapa Disebalik Kostum Itu

Trending

Gambar Doraemon Sedang Bersedih Viral, Anda Pasti Sebak Bila Tahu Siapa Disebalik Kostum Itu

Mungkin anda pernah dengar kata-kata dimana orang yang selalu menghiburkan kita tidak semestinya jiwa mereka gembira, sering tertawa tetapi dalam hati mereka sebenarnya penuh dengan kesedihan.

Advertisement

Baru-baru ini, foto seorang yang memakai kostum Doraemon sendirian di tepi pantai dan kelihatan sedih viral di Facebook. Ramai juga yang memberikan komen ‘mengusik’ berdasarkan situasi tersebut.

Tetapi apa yang kami bakal paparkan ini pasti akan membuat anda merasa sedih. Siapa sangka individu disebalik kostum itu sebenarnya seorang mak cik yang menghabiskan usia tuanya dengan menghiburkan pengunjung di kawasan pantai Teluk Cempedak demi mencari sesuap nasi.

Gigih mencari rezeki dengan menggembirakan orang sekeliling

Mak cik tua disebalik kostum Doraemon


Sedih betul bila membaca kisah ini , tidak tahan melihat orang tua terpaksa mencari rezeki dengan cara sebegini. Kami harap anda yang berkunjung ke pantai Teluk Cempedak dapatlah membantu mak cik ini ya. Kami doakan beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan semoga urusan kerjanya dipermudahkan. Mari sama-sama kita sokong beliau.

Sumber Berita : Facebook I Love Pahang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...