“Gambar Dihidang Hidangan Gajah, Tiada Tujuan Peribadi Cuma Suka-Suka” – TMJ

Trending

“Gambar Dihidang Hidangan Gajah, Tiada Tujuan Peribadi Cuma Suka-Suka” – TMJ

tmj1Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas tentang sebuah gambar ‘photoshop’ kononnya baginda dihidang gajah yang tertulis perkataan CEO di atasnya.

Jelas baginda, tiada sebarang tujuan secara peribadi dalam memuat naik gambar berkenaan selain sekadar suka-suka untuk rakannya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pahang, lapor FMT

Advertisement

“Tiada apa-apa yang peribadi. Apabila ia berlaku kepada kami terutama apabila kami kalah, semua orang turut sama-sama bergabung dan menjadikan kami bahan jenaka mereka.

“Sehinggakan ada juga yang memijak bendera kami. Namun apabila kami melakukan sedikit perang psikologi kepada mereka, semua orang tiba-tiba berubah menjadi orang yang alim. Apabila ia datang daripada saya atau JDT, sesetengah orang menjadi terlalu sensitif,” katanya dalam satu wawacara yang turut dimuatnaik dalam laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Saya tidak tahu mengapa. Mungkin kerana teman wanita mereka mahu merakamkan gambar bersama saya atau anak-anak mereka melihat saya sebagai seorang wira. Saya tidak tahu. Apa-apa sahajalah,” tambahnya lagi.

Gambar foto yang dimuatnaik semalam mengundang pelbagai reaksi bercampur daripada netizen yang mengikuti perkembangan Facebook tersebut.

Pengikut bernama Dek An menulis, “Korang nampak tak ape yg di’highlight’ atas badan gajah tu? CEO kan? Bermakna TMJ bukan meng**** penyokong Pahang tapi nak menyedarkan CEO korang. Harap jangan ambil hati . InshaAllah Pahang akan kembali bersaing kalau betul cara pengurusannya.”

Manakala, seorang lagi pengikut bernama Fitri Senjah menulis, “Tahniah JDT atas kemenangan malam tadi…gagal sekali tidak bererti gagal selamanya..InshaaAllah kami (Pahang) akan bangkit bila liga bersambung kelak..”

“Gurauan ditujukan daripada rakan kepada rakan….kita yang rakyat marhain ni….tengok aje…jangan gaduh2. Hohoho,” tulis Huzaimi Hamdan pula.

Awalnya, sekeping gambar dimuat naik, menunjukkan pemain JDT sedang duduk di atas gajah sambil memakai topi koboi dan memegang seikat tali ditangannya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...