June 26th, 2020

Isu gangguan seksual dan perkosa bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main. Bahkan sampai ke hari ini, ramai yang masih menyalahkan mangsa atas insiden tidak diingini itu.

Terbaru, seorang individu telah menghantar soalan secara peribadi kepada Fynn Jamal dan meminta wanita itu supaya mendidik pengikutnya dengan lebih baik mengenai isu rogol selain turut mendidik dirinya juga.

fynn jamal dikecam

Walaubagaimanapun, respons daripada Fynn Jamal nyata menimbulkan kemarahan ramai kerana dia sepertinya menyalahkan individu yang menghantar soalan tersebut.

Jelas Fynn, permintaan untuk tidak menyalahkan mangsa rogol ini adalah ajaran barat semata. Lebih memeranjatkan apabila wanita ini mengatakan gambar profil individu tersebut yang comel boleh menyebabkan lelaki naik nafsu.

“Tu muka berfilter bagai, bercomel comel. Kat entri bukan main gambar lawa dan mungil. Kiut miut. MENJEMPUT nafsu lelaki.”

Tambahnya lagi, perbuatan itu akan menyumbang kepada bukan sahaja individu tersebut malahan orang lain yang berada berdekatan akan menjadi mangsa nafsu lelaki.

Berterusan menunding jari kepada individu itu kerana memuat naik gambar comel, malah menuduh aksi sedemikian adalah untuk menarik perhatian orang lain.

Netizen kian berang apabila Fynn Jamal menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jikalau si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

“Kau tau tak Rasulullah berpesan pada para suami, kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan syahwat supaya terus balik dan laksanakannya ke atas isteri?”

Mendengarkan ‘nasihat’ Fynn Jamal yang tidak berasas dan seperti menuduh mangsa adalah sebab yang menyumbang kepada gangguan seksual yang dialami oleh mereka nyata menimbulkan kemarahan netizen.

Ramai yang merasakan bahawa wanita itu sepertinya ‘diuji’ selepas berubah menjadi baik. Sentiasa menyangkakan bahawa apa yang disampaikan olehnya adalah betul.

fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam

Nampak seperti remeh, tetapi sebagai figura terkenal, Fynn Jamal sepertinya sering memberikan nasihat agama yang menimbulkan was-was kepada pengikutnya.

Sumber: Twitter


14 responses to ““Gambar Comel, MENJEMPUT Nafsu Lelaki” – Fynn Jamal Dikecam Salahkan Penampilan Wanita Punca Gangguan Seksual”

  1. Anonymous says:

    This is not the time to blame hijab girl or no hijab girl. Who’s to blame or what, that is not point. Kita masing2 kena ada effort melindungi diri. Cover badan ke, elak gedik ke, elak sorang ngn lelaki ke, belajar silat ke or anything else. An effort is at least needed. Kalau dah berlaku, salahkan sesiapa pon xde guna.
    50% of something better than 100% of nothing

  2. Anonymous says:

    Fynn Jamal ni gini pun ada followers. Sape percaya dia, padan la dgn muka korang.

  3. Zioe says:

    Arwah norsuzaily mangsa rogol pemandu bas….dia dirogol n dibunuh ketika dia berpakaian sopan menutup aurat….’binatang’ tu x kenal ko seksi ke tutup labuh ke kak oiii….

    • StrongRule says:

      Betul. Pakaian, gelagat, jarak batas lelaki perempuan perlu diambil berat. Rakyat Malaysia pandang ringan tentang ruang lelaki & perempuan. Kerajaan boleh ikut cara Arab Saudi, ruang bekerja lelaki prmpuan asing. Kenderaan teksi, bas juga perlu asing bagi laki pompuan. Dan hukuman berat bunuh perogol juga perlu sebagai amaran. Rakyat harus sedia. Masyarakat Arab, Brunei & etc sudah lama laksanakannya.

  4. Seggama says:

    oh makcik ni lagi.. kira kalau semua perempuan pakai macam dia, otomatik lelaki semua jadi baik dan yang bernafsu binatang tu semua lenyap lah. kalau ikut otak dangkal dia ni macamtu la.

    • tuntutbela says:

      Bukan perempuan & lelaki je, satu Malaysia harus berubah. Segala sistem bekerja, awam, undang2, pengawasan. Seluruh rakyat harus sedia berubah untuk bela individu yg teraniaya. Jgn tunggu2, kes arak pon masih ramai yang liat untuk sedar

  5. Anonymous says:

    Ular ialah binatang liar, benda itu memang umum. Kalau nampak lubang dan tahu itu lubang ular, buat apa pergi masuk tangan dalam lubang tu?
    Bila kena patuk, memang la ular salah sebab patuk. Tapi saper la bodoh sangat tunjuk berani masuk tangan dlm lubang mcm xde apa2.
    In the end, nak salahkan sesiapa pon dh trlambat sebab benda dh berlaku kannnn

    • Feldegast says:

      Bodoh ke apa ni?

    • UlarSenduk says:

      Setuju, lelaki tu umpama ular. Bila2 masa boleh ‘patuk’ mangsa yang datang dekat. Kes rogol bukannya something new kat dunia. Kita boleh cegah, buat apa sengaja nak tarik perhatian. Elakkan diri dari didatangi perogol. Anyway, kjaan sesuai buat hukuman tegas terhadap kes2 camni.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...