June 26th, 2020

Isu gangguan seksual dan perkosa bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main. Bahkan sampai ke hari ini, ramai yang masih menyalahkan mangsa atas insiden tidak diingini itu.

Terbaru, seorang individu telah menghantar soalan secara peribadi kepada Fynn Jamal dan meminta wanita itu supaya mendidik pengikutnya dengan lebih baik mengenai isu rogol selain turut mendidik dirinya juga.

fynn jamal dikecam

Walaubagaimanapun, respons daripada Fynn Jamal nyata menimbulkan kemarahan ramai kerana dia sepertinya menyalahkan individu yang menghantar soalan tersebut.

Jelas Fynn, permintaan untuk tidak menyalahkan mangsa rogol ini adalah ajaran barat semata. Lebih memeranjatkan apabila wanita ini mengatakan gambar profil individu tersebut yang comel boleh menyebabkan lelaki naik nafsu.

“Tu muka berfilter bagai, bercomel comel. Kat entri bukan main gambar lawa dan mungil. Kiut miut. MENJEMPUT nafsu lelaki.”

Tambahnya lagi, perbuatan itu akan menyumbang kepada bukan sahaja individu tersebut malahan orang lain yang berada berdekatan akan menjadi mangsa nafsu lelaki.

Berterusan menunding jari kepada individu itu kerana memuat naik gambar comel, malah menuduh aksi sedemikian adalah untuk menarik perhatian orang lain.

Netizen kian berang apabila Fynn Jamal menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jikalau si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.

“Kau tau tak Rasulullah berpesan pada para suami, kalau ternampak sesuatu yang membangkitkan syahwat supaya terus balik dan laksanakannya ke atas isteri?”

Mendengarkan ‘nasihat’ Fynn Jamal yang tidak berasas dan seperti menuduh mangsa adalah sebab yang menyumbang kepada gangguan seksual yang dialami oleh mereka nyata menimbulkan kemarahan netizen.

Ramai yang merasakan bahawa wanita itu sepertinya ‘diuji’ selepas berubah menjadi baik. Sentiasa menyangkakan bahawa apa yang disampaikan olehnya adalah betul.

fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam fynn jamal dikecam

Nampak seperti remeh, tetapi sebagai figura terkenal, Fynn Jamal sepertinya sering memberikan nasihat agama yang menimbulkan was-was kepada pengikutnya.

Sumber: Twitter


14 responses to ““Gambar Comel, MENJEMPUT Nafsu Lelaki” – Fynn Jamal Dikecam Salahkan Penampilan Wanita Punca Gangguan Seksual”

  1. Anonymous says:

    aku pon tak suka fin ni tapi apa yg dia ckp ada betulnya. ko bayangkan pompuan goyang bontot tetek kat social media pastu nak expect semua lelaki kuat iman ke? entah2 yg pompuan tgk jantan berurat pon dah merecik

  2. Anonymous says:

    Iye, memang betul orang berhias untuk suami sendiri sahaja. BUT that does not justifies rape, IN ANY WAY. Rogol memang dah sah sah salah.

    • Anonymous says:

      Betul rogol tu salah, netizen kat sini jadi bodoh & panas. Tiba2 nak menunding jari kat sesaper. But in the end their discussion means nothing bila xde usaha mencegah.

  3. ape benda la says:

    betul jugak apa dia cakap tu,bukan ke berhias ni utk suami je,kalau bukan utk suami,haram utk tontonan umum

    • Anonymous says:

      Yang betul, rogol tu salah.
      Yang betul, berhias utk suami.
      Tapi tak dinafikan, org gila yg rogol orang ni bukan tgk berhias atau tidak. Janji pompuan. Janji ada missV tu. muka, bau, akal semua tolak tepi kalau nafsu syaitan datang.

Leave a Reply to ape benda la Cancel reply

Loading...