Gambar Atau Tulisan Kerap Tertanggal Bila Dibasuh? Ikut Cara Penjagaan Baju Bercetak Ini

Trending

Gambar Atau Tulisan Kerap Tertanggal Bila Dibasuh? Ikut Cara Penjagaan Baju Bercetak Ini

Kadangkala bila pakai baju yang bertulisan contohnya seperti “I Love Japan” yang kita beli ketika bercuti, lama kelamaan pasti akan tertanggal tulisan tu. Sebab selalu pakai kan.

Advertisement

Untuk mengelakkan anda terus kehilangan banyak lagi pakaian, admin ingin kongsikan, cara penjagaan baju yang bercetak, perkongsian dari laman T-Shirt Mania.

Kami Ingin Berkongsi Cara Penjagaan Baju Yang Bercetak Untuk Kebaikan Semua

Note: Cara Penjagaan Baju

1- JANGAN RENDAM baju bersama sabun atau peluntur (bleach);

2- JANGAN RENDAM baju terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan pewarna baju luntur dan merosakan cetakan;

3- Pastikan baju DIBILAS dan jemur dengan segera agar pewarna baju tidak mengalir dan meninggalkan kesan di atas bahan cetakan;

4- Jemur & seterika (iron) baju secara bahagian dalam di luar /terbalik (inside out);

5- Kerap seterika di permukaan belakang cetakan (inside-out manner) akan membantu cetakan/gambar baju kekal lebih lama.

Bila sudah ada cara penjagaan ini, bolehlah membeli lebih banyak baju yang bercetak, dan boleh pastikan juga baju tersebut tahan lama. Nanti, tiada lagilah pakaian yang dijadikan kain buruk. Jom kita mencuci pakaian dengan cara yang betul.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...