Gambar 2 Penumpang Haram Pesawat MH370

Trending

Gambar 2 Penumpang Haram Pesawat MH370

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport palsu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Advertisement

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

“Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas,” kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.
Pengumuman Khalid ini selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

“Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki,” kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Advertisement

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

Aloyah berkata kedua-dua lelaki yang menggunakan pasport curi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Phuket pada 28 Februari pada waktu yang sama.

Seorang menggunakan menggunakan pasport Austria yang bernombor P2979523 dan seorang lagi menggunakan pasport Itali yang bernombor YA3189197.

Mereka kemudiannya berlepas dari KLIA pada 7 Mac menggunakan pasport yang sama.

“Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak,” katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Sementara itu, Khalid berkata ini adalah kali pertama kedua-dua lelaki tersebut memasuki Malaysia.

Khalid turut berkata terdapat 40,226,140 juta pasport curi yang dilaporkan kepada Interpol dan pihaknya sentiasa berkerjasama dengan pegawai imigresen di kawasan masuk dan keluar negara.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

16 Comments

  1. NUR

    March 11, 2014 at 9:28 pm

    aq msk johor dr sgpore dia cme tgk pasportje xtgk muke pn trs soh jalan berbeza dgn sgpore diaorg teliti sgt smpai adik aku nye misai pn dia tnye..kt gmbr ad misai nk msk sgpore xd misai huhu..kawalan keselamatan di pintu masuk negara kita masih longgar..

  2. Tengku

    March 11, 2014 at 9:14 pm

    Kenapa gmbar belah kiri tu mcam edit je..cuba tengok kaki dier.
    sama mcm kaki gambar belah kanan.

    • zharif

      March 11, 2014 at 10:30 pm

      betul..aku pn rsa cmtu..ko nmpk x kaki gmbr dsebelah kanan tu same mcm yg kiri..then dorg pijak pn pade lantai pde kotak yg same..n gmbr kanan tu kaki die mcm kna tampal.sbb ada line putih mmisahkan bdn n kaki..opsss

  3. wawa

    March 11, 2014 at 9:07 pm

    Warganegara je ada cop jari..

  4. wawa

    March 11, 2014 at 9:04 pm

    Warganegara je ada cop jari…

  5. Datin

    March 11, 2014 at 8:38 pm

    Kejap ye. Seingat aku, time aku naik MAS dulu, bukan kena cop jari ke. Owh curi passport then fake kan cop jari ke apa ni? Just asking. Siapa2 sila bg pencerahan. Apakah niat beliau sbnrnya??

    • liz

      March 11, 2014 at 9:08 pm

      warganegara mmg cop jari.kalau foreigners sama mcm bile kite masuk negara lain.officer tgok muke tgok gamba.cop.ok jalan.

    • Datin

      March 11, 2014 at 9:44 pm

      Owh gitu ke.. Thanks untuk pencerahan

Loading...