Hari ini, susu MARIGOLD HL mengumumkan usaha sama bersama penyanyi popular, Ernie Zakri untuk memupuk rakyat Malaysia mengenai gaya hidup aktif dengan menerapkan pengambilan susu dalam rutin harian.
Menurut Panduan Pemakanan Malaysia 2020, antara sumber makanan lengkap yang mengandungi kesemua komponen nutrisi untuk manusia adalah susu.
Susulan satu dalam tiga buah keluarga di Malaysia berdepan dengan isu kekurangan zat besi, kalsium, vitamin C dan D, kempen MARIGOLD HL Supermilk telah menampilkan Ernie Zakri sebagai duta jenama dengan harapan untuk bantu rakyat memahami bahawa pengambilan Susu MARIGOLD HL setiap hari dapat mencegah pelbagai masalah kesihatan.
Kami berharap pelancaran kempen SuperMilk ini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepenting susu dan bertekad untuk terus memupuk Malaysia yang lebih sihat menerusi produk tenusu serta jus minuman kami yang berkualiti tinggi – Pengurus Besar Malaysia Milk Sdn Bhd, Poh Eng Up.
Difahamkan, sepanjang kempen berlangsung, Ernie Zakri akan menyingkap bagaimana pengambilan Susu MARIGOLD HL setiap hari mampu perbaiki kualiti kehidupannya serta seisi keluarga dan perbekalkan pelbagai jenis mikronutrien yang penting.
Saya berasa amat bertuah atas peluang untuk mewakili sebuah jenama yang mementingkan kesejahteraan para keluarga, sama seperti keluarga saya – Ernie Zakri.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai inisiatif MARIGOLD dan aktiviti akan datang, sila layari laman sesawang MARIGOLD di https://www.marigold.com.my/whats-new/