Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Galak Masyarakat Keluar Membeli, Fizz Fairuz Saran Peniaga Kecil Ikut Sama ‘Total Lockdown’

Fizz Fairuz

Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menerusi sebuah hantaran di Instagramnya memohon agar peniaga skala kecil untuk turut serta menjalani Sekatan Pergerakan Penuh yang dilaksanakan kini bagi mengekang penularan jangkitan virus COVID-19.

Datuk Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd. Fairuz Zainal Abidin,41, menzahirkan perasaan bimbang apabila melihatkan para peniaga kecil yang masih dibenarkan berniaga kerana ianya dapat menggalakkan orang ramai keluar dari kediaman masing-masing.

Advertisement

“Nak tanya kejap, kalau bukak peniaga kecil ini, agaknya menggalakkan orang keluar membeli ke macam mana? Tanya je, kalau boleh kita lockdown sekejap, dua minggu je. Kita sama-sama susah sekejap lepas tu kena sama-sama cari rezeki. macam mana? Tak begitu?

Meninjau ruangan komen, pertanyaan Fizz Fairuz itu ternyata telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada peminat serta pengikut media sosialnya.

Ada yang berpendapat bahawa Fizz Fairuz tidak memahami kesusahan yang dihadapi peniaga kecil yang sangat terjejas sepanjang tempoh PKP ini.

“Sembang memang senang bang, tapi cuba jadi peniaga kecil. Sampai catu makanan semata nak bayar bil api air..” tulis seorang pengguna warga maya.

Namun ada juga yang bersetuju dengan pernyataan Fizz yang inginkan semua industri untuk menutup sementara perniagaan dan perusahaan sepanjang tempoh dua minggu ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 Comments

  1. PendapatSaya

    June 4, 2021 at 10:40 am

    Setiap orang mempunyai cabaran masing2 & kita tak boleh samakan diri kita dengan orang lain.
    Contohnya yg makan gaji dengan yg bekerja sendiri, lain.
    Yg bekerja gov dengan bekerja swasta pun lain.

    Pd sy tidak salah peniaga kecil ni meniaga, kita tidak tahu kesukaran apa yg mereka hadapi if mereka tidak diizinkan meniaga.
    Kita yg keluar membeli ni lah, kena pandai jaga diri.
    Fokus pada apa yang kita nak beli, ushar dari dalam kereta dulu ke.
    Jadi berdisiplin – jaga SOP, janganlah pula kita mengambil kesempatan dengan mencuci mata @ window shopping pula pergi dari 1 gerai ke gerai yg lain macam tiada apa berlaku.
    Insya Allah klu kita semua bekerjasama & bertoleransi, keadaan akan jadi lebih baik.

  2. anonymous

    June 3, 2021 at 9:19 pm

    abis peniaga kecil cam aku ni nak mkn apo.kau nak bagi duit ko? bangang tapi nak jugok bercakap

  3. Dida

    June 3, 2021 at 7:25 pm

    Btl kata Alin. …tutup ajer semua senangkan. .ni x mcm lockdown pun. ..

  4. Alin

    June 3, 2021 at 6:47 pm

    Kenapa x minta kilang2 yg besar tutup sama..peniaga kecil ni kais pagi makan pagi kais petang makan petang…

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top