Galactic Laser Memang Terbaik Dari Ladang ~~~~

Hiburan

Galactic Laser Memang Terbaik Dari Ladang ~~~~

Adakah anda sudah bosan bermain futsal? Atau anda sudah bosan tak ada idea nak buat apa di kala hujung minggu? Atau anda ingin sesuatu yang mencabar diri sendiri. Abang Nara ada jawapannya. Apa kata anda pergi cuba permainan Galactic Laser di Midvalley.

galactic laser

Advertisement

Kalau anda seorang peminat paint ball, Galactic Laser sememangnya untuk anda. Permainan dia lebih kurang macam paint ball tapi tak ada sakit-sakit badan kena tembak. Kalau main paintball korang balik rumah lebam-lebam, dengan Galactic Laser tak ada lebam-lebam nie. Tapi kepenatan dia memang lebih kurang sama macam paintball.

galactic laser

Ok sila abaikan gambar Abang Nara bercerita sambil mulut terlopong di atas. Baru-baru ini Abang Nara dan beberapa orang kawan di Twitter telah pun pergi main Galactic Laser di Midvalley. Inilah pengalaman paling best dalam hidup Abang Nara setakat ini dalam bab-bab permainan tembak-tembak nie. Serious tak sangka Galactic Laser adalah satu permainan yang menyeronokkan dan memenatkan.

galactic laser

Gambar di atas ialah baju yang Abang Nara dan kawan-kawan kena pakai semasa permainan berlangsung. Nanti akan keluar lampu laser lip-lap kat baju tersebut. Kita cuma perlu tembak beberapa tempat di baju tersebut. Kalau dah kena tembak, lampu akan padam dalam 5 saat dan selepas itu kita akan “hidup” kembali. Jenis game pun ada banyak, “free for all”, “save the flag” dan macam-macam lagilah. Semuanya seronok-seronok.

galactic laser

Dan setiap kali habis je game, akan terpampang markah korang di score board. Masa ini baru korang tahu kehebatan masing-masing. Abang Nara tak berapa hebat sangat. Asyik kena tembak je. Mungkin sebab first time main Galactic Laser nie kot. Kalau pergi selalu kemungkinan besar akan jadi hebat.

galactic laser

Terima kasih banyak-banyak kepada pihak Galactic Laser yang sudi menjemput kami mencuba permainan ini. Terharu sangat-sangat. Memang best pun menatang alah nie. Tak rugi kalau korang cuba. Sekali cuba, mesti mahu lagi. Nie details tempat dia kalau nak try main.

[note]T-012A, 3rd Floor, North Court, Mid Valley Megamall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia
E-mail: [email protected]
Telephone: 03-2283 2999
http://www.galacticlaser.com[/note]

Ada sesiapa berani nak fight Galactic Laser dengan Abang Nara? Kalau berani, kita main siapa kalah bayar. Amcam?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...