Gaji Susah Sangat Nak Naik? 5 Cara Ini Buatkan Gaji Anda Dinaikkan, Semoga Berjaya!

Trending

Gaji Susah Sangat Nak Naik? 5 Cara Ini Buatkan Gaji Anda Dinaikkan, Semoga Berjaya!

Portrait of a female executiveAda yang dah kerja dua tiga tahun, tapi gaji sama je. Paling-paling pun dapat bonus je tiap-tiap tahun. Apa silapnya sampai gaji anda masih di ‘takuk’ yang sama je?

Mungkin cara ini dapat membantu anda agar gaji dinaikkan. Admin tak jamin, tapi boleh cuba!

Advertisement

1. Rajin-rajinlah jumpa dengan bos

Jadualnya mungkin padat, tapi anda boleh cuba mengajaknya minum kopi bersama sebulan sekali, untuk lebih mengenali dan supaya anda sentiasa diingati. Bincangkan tentang sasaran anda mengenai syarikat dan elakkan bercakap tentang orang lain dalam pejabat.

2. Jangan melenting apabila dikritik

Masalah pekerja sekarang, apabila kena kritik je mula nak melenting. Kritikan itu sesuatu yang bagus dan untuk memajukan karier anda juga. Kalau kena kritik dah melenting, bos pun tak suka!

3. Ajak rakan sekerja keluar minum kopi

Hah.. kenapa ianya penting? Apabila anda lepak dengan orang yang berbeza, anda berpeluang untuk bertanyakan tentang pengalaman mereka dalam syarikat  tersebut dan bagaimana mereka boleh berjaya.

Ambil tips-tips penting tersebut. Bukan sembang kosong okay!

4. Kekal positif

Mereka yang kuat mengadu dan asyik berdepan kesukaran bekerja dengan orang lain bukanlah orang yang berjaya.

Jika anda jenis suka mengeluh bila diberikan tugasan, nama anda akan jadi buruk di mata bos. Tak ada la naik gaji!

5. Minta apa yang dihajati

Sebagai contoh, beritahu pada majikan yang anda ingin naik pangkat atau gaji. Bila nak semua tu, maka kerja pun akan bertambah. Buat perbincangan bersama majikan untuk tentukan hala tuju kerjaya anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...