Bekas pemandu Rozita Che Wan menerusi muat naik terbaru di Facebook memaklumkan kemelut mengenai isu tungakkan gaji dan saman melibatkan nombor pendaftaran kereta telah selesai.
Lelaki itu menyatakan Che Ta sudah membayar gajinya berjumlah RM2000 serta saman berjumlah RM300.
Pada masa yang sama, dia juga memohon netizen untuk berhenti mengecam Che Ta memandangkan kes berkenaan dapat diselesaikan secara baik.
Walaubagaimanapun, dia enggan membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut oleh Che Ta kerana apa yang berlaku bukanlah kesalahan daripada pihaknya.
Baguslah kalau isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Harapnya selepas ini janganlah lagi bermasam muka antara satu sama lain.