“Gaji Saya Bulan Ini Cuma RM900 Je Sayang..”

Trending

“Gaji Saya Bulan Ini Cuma RM900 Je Sayang..”

Saat aku menulis di page ni, suami yang tercinta sedang nyenyak tidur. Aku perati kan aje suami aku. Banyak yang dia dah berkorban untuk aku. Untuk aku dan bayi pertama kami.

Advertisement

Dia nampak penat sangat. Mana tak nya, dia lah breadwinner dalam keluarga kecil kami. Aku dibuang kerja dulu masa mengandung, tapi aku ada buat bisnes kecil-kecilan dari rumah.

Dapat lah tolong suami sikit sebanyak bila dia tak cukup.

Suami aku, bukan saja tenaga yang dia korbankan. Tapi masa, wang ringgit dia yang tak seberapa ada tu pun dia korbankan untuk aku dan anak.

Aku jatuh sakit dan dia lah yang banyak mengorbankan segala yang dia ada untuk tengok aku pulih semula.

Baru-baru ni, dia tertunggu tunggu gaji dia, setiap jam log in log out account cimb clicks dia. Bila gaji finally masuk, aku tengok dia tergamam depan skrin handphone.

“RM900 je gaji saya bulan ni syg” Katanya perlahan. Baru teringat yang bulan lepas, dia banyak ambil cuti untuk menjaga anak kami, dan aku yang tengah sakit.

Sebak aku tengok muka dia aku tak dapat nak describe macam mana, bergenang air mata tapi aku tahan kan aje. Nasib dia masih pandang ke skrin handphone dia, kalau dia tengok muka aku mesti dia cakap “Jangan risau”.

Dalam 15 minit lepas tu, aku tengok mulut dia ada terkumat kamit.

“Alhamdulillah” dia kata, sambil sapu tangan ke muka. Lepas tu dia pandang muka aku, senyum kelat.

Katanya padaku, “Alhamdulillah sekurang-kurangnya saya ada gaji. Tapi macam mana saya nak bayar duit kereta dengan duit rumah ni eh?”

Aku sedih. Aku sedih sebab aku tak ada jawapan. Aku hanya mampu usahakan dengan bisnes kecil-kecilan aku ni untuk bantu dia.

Aku ada apply jobs through jobstreet memandangkan aku dah bersalin, dan dah habis pantang. Tapi belum sihat sepenuhnya.

Mungkin belum rezeki aku, baru satu dua company yang reply tapi belum panggil interview. Mudah-mudahan ada la tu nanti rezeki untuk kami sekeluarga.

Sejak dia tanggung aku sepenuhnya, sejak dia buat segala kerja rumah tanpa merungut- basuh baju, sidai baju, sapu rumah, mop rumah, kemas dapur, lipat baju walau pun senget benget, you name it, dia lah yang buat semua.

Malah siap tolong urutkan kaki, badan aku yang kesakitan lepas dia balik dari kerja, aku selalu ucapkan terima kasih pada dia. Tapi dia hanya diam. Dia tak balas satu apa.

Sampailah satu hari tu masa dia tengah urut kaki aku, dia kata,

“Awak tak perlu la ucapkan terima kasih dekat saya, saya tak suka. Sebab tu saya diam je” Aku cakap pada suami..“Dah awak tolong saya macam-macam, tanggung makan minum saya, so saya ucapla terima kasih.

Macam kalau kita buat salah kat orang, kita minta maaf kan, ni kita bersyukur ada orang tolong so kita cakap la terima kasih.”

Suami balas,

“Itu tanggungjawab saya syg”

Jawab aku pula,

“Memang tu tanggungjawab awak, tapi awak tau tak berapa ramai suami kat luar sana walaupun diorang tau apa tanggungjawab diorang tapi diorang tak buat pun? Tapi awak buat, sebab tu saya berterima kasih”

Suami aku hanya diam.

Sungguh, saat ni aku sangat bersyukur dikurniakan suami sepertinya.

Aku tak tau apa masa depan kami, adakah kami masih akan bersama ataupun tidak, berapa lama jodoh kami berdua akan bertahan, semua nya rahsia Allah!

Apa yang aku tau, di saat ini, waktu ini, inshaAllah dengan izinNya aku takkan sia-sia kan masa yang aku ada bersama suami aku. Bersabarlah wahai suami, inshaAllah ada rezeki yg lebih baik untuk kita sekeluarga nanti.

Buat suami, aku tak mengharapkan kemewahan, cukup lah apa yang ada ni asalkan halal, dan diredhai Allah. Terima kasih di atas segala-galanya yang telah kau korban kan untuk aku.

Aku tak pernah sangka yang kau sanggup ada dengan ku di saat aku tengah jatuh.

Walaupun kita dah mengenali satu sama lain dari zaman universiti. Aku tak pernah sangka sebab dari kecik aku diajar untuk tak mengharapkan sesiapa, kecuali diri sendiri dan Allah. Tapi aku silap, kau lah yang ada dengan aku, kau saja lah yang setia.

Post ini bukan aku nak memuji suami berbukit-bukit semata, tapi hanya sekadar luahan hati kecil aku. Setiap kali pandang muka nya bila tengah tidur, hati aku jadi sebak. Aku yang kekononya kuat di siang hari, jadi lemah bila malam.

Wahai suami-suami di luar sana, laksanakan lah tanggungjawab kamu sebagai seorang suami, bahagiakan lah isteri mu, senang kan lah hati dia, sama-sama lah didik anak-anak untuk menjadi anak-anak yang baik, taat dan mendengar kata.

Bila sang isteri redha, bahagia dan beryukur dengan kehadiran mu, inshaAllah rezeki mu akan melimpah ruah dengan izinNya sebab isteri akan sentiasa mendoakan segala yang terbaik ada di muka bumi ini, hanya untuk kamu wahai suami.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...