10 tahun bercinta belum tentu bahagia apabila mendirikan rumah tangga. Hal ini bukan lagi pelik dalam sesebuah perkahwinan ketika ini kerana banyak perkara menjadi penyebab kegagalan rumah tangga.
Banyak juga masalah rumah tangga yang telah dikongsikan oleh para wanita yang menghadapi masalah di media sosial untuk meminta pendapat dari orang ramai bagi menyelesaikan masalah mereka.
Tetapi kali ini berbeza dengan kisah rumah tangga wanita ini, beliau menceritakan kisah suaminya yang curang dengan seorang janda anak satu tetapi beliau berjaya mengagalkan rancangan mereka untuk berkahwin.
Bagaimana wanita ini lakukan?
Menurut wanita ini, janda itu menelefon dan menghantar WhatsApp kepadanya meminta izin untuk menikah. Jadi, wanita ini bertanya kepada suaminya mengenai perkahwinan yang dirancang untuk mengetahui kebenarannya.
So tanya suami, die cakap ye. Dia nak nikah. Aku cakap bagi aku mase 3 hari untuk bersedia.
Pertemuan dengan suami dan kekasihnya
Selepas 3 hari, wanita ini bertemu dengan suami dan janda itu di sebuah restoran mahal untuk membincangkan perkara ini.
Aku duduk semeja kat restoran mahal kalau 3 orang makan mahu dekat RM200 kot aku rasa. Laki aku ingat nak suai kenal agaknye, sengih dia bukan main amboi-amboi gatal miang ko ye jantan bukan main lagi.
Kongsikan baki gaji suami sebulan
Menurut wanita ini, masa itu beliau berasa geram tetapi tetap bersabar. Selepas mereka siap makan baru beliau memberitahu wanita tersebut potongan gaji suaminya berbaki RM800 sahaja sebulan.
Habis makan, aku susun pinggan letak ke tepi, aku tanya perempuan tu, sungguh ka ampa nak nikah dengan suami kami. Dia angguk-angguk senyum simpul.
Amboi suka hang nak amik laki kami, aku bawak keluar slip gaji laki aku, dok terang dah kat sana gaji berapa, potong itu ini tinggal RM 800.
Semua harta atas nama isteri bukan suami
Tambah wanita ini, beliau turut menunjukkan geran kereta, rumah dan motosikal. Dimana semua atas namanya sendiri, bukannya suami yang tidak mempunyai harta.
Aku bawak keluar pulak geran keta atas nama aku, surat rumah atas nama aku,motor pun atas nama aku. Laki aku tak ada kereta apa pun.
Gaji RM800 macam mana nak bagi nafkah
Beliau juga memberitahu janda tersebut bahawa gaji suaminya RM800 tak mampu untuk beri nafkah kepadanya bulan-bulan.
Malahan, jika dia kahwin lain, beliau meminta suami dan wanita itu untuk fikir adakah suaminya mampu untuk menyara dua keluarga.
Aku cakap agak-agak ampa gaji RM800 ampa dapat apa? tak payah nak kata boleh ja hidup sebab dah cinta, dah sayang muhong.
Tu pampers anak hang sapa nak beli? Nak suruh kami beli dak lah memang kami bagi penerajang dua-dua. Bulan-bulan nak bagi ampa nafkah berapa gaji dia pun lepas ke tekak dia. Bagi kami pun takat RM100 hingga RM 200 itu pun mintak semula tapi kot ampa redha dapat RM 10 ja tiap bulan ikutlah.
Beri amaran apa akan jadi lepas kahwin
Wanita ini juga beri amaran kepada suami dan janda ini untuk memikirkan kesannya selepas berkahwin. Bahawa berkahwin dengan suaminya tidaklah seindah yang disangka.
La ni ampa duk dua nah, pikir baik-baik dulu nak kawin lagi ka tak nak. Kami baru bukak pasal zahir, batin kami tak bagi tahu lagi, kot 2 minit ka tahan, sebulan sekali ja mampu tu ampa tak tahu lagi.
Pikir elok-elok nah, ini yang kami makan, ampa bayar. Nak balik ampa cari grab pasal kat luaq tu keta kami punya, ampa biasakan dari sekarang naik grab ka jalan kaki ka merangkak ka nahh.
Semoga berjaya aku kata kat depa dua, puas hati aku tengok laki aku dengan perempuan tu dari sengih merenyam jadi muka dua-dua macam ayam tercekik jagung seketoi.
Suami mohon maaf dan tak jadi menikah
Keesokan harinya suami wanita ini memohon maaf dan memberitahu kepadanya mereka tidak jadi menikah. Janda itu juga turut menghantar WhatsApp kepadanya bahawa dia berundur untuk menikahi suaminya.
Dia mintak maaf teriak laa dia mintak ampun mintak nyawa tobat sampai syurga kata dia. Baru ada akai. Perempuan tu pun duk wasap cakap tak sanggup nak nikah.Dia tau dia salah mintak maaf puihh la hang.
Aku cakap kat laki aku, kalau lepas ni tak sedar diri lagi aku framekan slip gaji dia tampai kat ruang tamu dan dapur toilet. Silap-silap aku buat profile picture FB wasap semua baru padan muka hang.
Hebat wanita ini, sampai cuak suami dia dibuatnya. Ini baru betul kuasa seorang wanita.
Sumber: Kisah Rumah Tangga