Abang Nara baru terbaca perkongsian seorang “Siti” (bukan nama sebenar) yang membongkarkan rahsianya membeli-belah secara online dan dapat balik duit tunai atas pembeliannya. Siti ini gajinya RM3,000 sebulan tetapi mampu berbelanja seolah-olah bergaji RM5,000. Mula-mula Abang Nara tak percaya jugak. Namun selepas habis membaca, diri ini terus terkesima, kagum dan tak sabar nak praktikkan teknik rahsia Siti ini.
Teknik rahsia Siti ini tidak lain tidak bukan ialah membeli-belah secara online menerusi ShopBack. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2014, dah ramai yang menggunakan ShopBack dan berpuas hati kerana dapat jimat banyak. Menurut Siti, setiap kali dia shopping online dengan ShopBack di laman-laman web seperti Lazada, Zalora, Malaysia Airlines, FoodPanda, Fave (dan banyak lagi), Siti akan dapat pulangan tunai. Duit itu pula boleh dipindahkan masuk ke bank akaun Siti untuk digunakan mengikut keperluan semasa.
Menurut Siti lagi, selepas 7 ke 14 hari bekerja dia tekan butang cashout, duit ShopBack tersebut akan masuk ke dalam bank akaunnya. Selalunya Siti akan gunakan duit tersebut untuk shopping lagi (memang kaki shopping si Siti nie). Kebiasaannya Siti akan buka laman web atau aplikasi ShopBack sebab memang segala diskaun, best deals dan kod promo akan dipaparkan di situ untuk lebih penjimatan. Terbaru, Siti tengah pening kepala nak shopping apa sebab ShopBack tengah buat promosi Hari Raya yang super duper awesome.
Antara promosi Hari Raya yang best dari ShopBack sampai Siti tak tidur malam memikirkannya ialah:-
Fashion
Baju raya, tudung raya, baju kurung, kebaya dan macam-macam lagilah yang ada di Zalora dan Fashion Valet sampai Siti kelabu mata dibuatnya. Setiap hari jam 10 pagi sampai 12 tengah hari Siti akan standby depan komputer sebab time tue ada FLASH SALE. Harga kaw-kaw murah dengan pulangan tunai sehingga 14%.
Makanan
Bila terpaksa bukak puasa di ofis, Siti akan order makanan dari Foodpanda (sehingga 11% pulangan tunai) ataupun Siti boleh dapat deal yang best untuk buka puasa buffet di pelbagai hotel and restoran dari Fave (4.5% pulangan tunai) menerusi ShopBack. Untuk persediaan bukak puasa rumah di hujung minggu, Siti membeli barangan dapur di Tesco melalui Lazada sebab ada sehingga 11% cashback. Memang bijak betul cara Siti berbelanja. Genius!!!
Tiket balik kampung
Jangan ingat beli tiket bus atau keretapi untuk balik kampung tak ada cashback dari ShopBack. Ada beb. Dapatkan pulangan tunai sehingga 7% apabila membeli di CatchThatBus dan BusOnlineTicket. Kalau teringin nak balik naik kapal terbang, pembelian tiket MAS menerusi ShopBack akan membolehkan anda dan Siti mendapat pulangan tunai sehingga 3%. Ish,ish,ish. Banyak sangat pulangan tunai yang boleh diperolehi nie.
Siti telah pun menjadi pembeli-belah online yang bijak dengan melakukan kesemua pembeliannya untuk Hari Raya Aidilfitri menerusi ShopBack sempena promosi membeli-belah khasnya, Hari Raya Promotions.. Untuk makluman, promosi raya ShopBack bukan sahaja menawarkan diskaun sehingga 70% malah turut menawarkan cashback sehingga 14%. Maksudnya bila anda beli baju raya, anda boleh dapat pulangan tunai dan transfer ke dalam bank akaun anda. Super jimat dan super bijak.
Last but not least, khas untuk pembaca BeautifulNara, silalah download applikasi ShopBack dengan mengklik link ini untuk menerima duit raya RM10 bonus atau daftar di sini : https://www.shopback.my/beautifulnara. Selamat berhari raya dan selamat berbelanja dengan bijak seperti di Siti di ShopBack.