Mesti anda pernah mendengar kisah-kisah tentang generasi muda yang dikatakan suka mengeluh dengan bayaran gaji yang diterima. Semua pastinya tahu perbezaan kos sara hidup dahulu dan kini yang sudah tentunya berbeza dan tidak lagi sama. Tetapi gaji pada zaman dulu dan sekarang masih lagi berada pada tahap yang sama.
Tertarik dengan isu ini, seorang pengguna Facebook tampil membidas dakwaan generasi muda yang selalu dianggap tidak bersyukur dengan bayaran gaji yang diterima.
Heran aku dengan budak muda sekarang ni, gaji RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu…
Isu survival hidup bukan lah satu topik asing yang nak dibincangkan. Tapi bila aku dengar ada seorang warga pencen berbual sesama mereka semasa beli nasi lemak pagi tadi, membuatkan aku terpanggil untuk menulis posting ini.
Jelas di gegendang telinga aku bila terdengar ayat:
Heran aku dengan budak muda sekarang ni, gaji dah RM3K pun mengeluh lagi. Aku dulu tahun 80 an, gaji RM1.5K je. Hidup juga. Dapat beli rumah teres, dapat pakai kereta Honda, dapat juga makan McDonalds. Budak-budak sekarang ni manja sangat!
Aduh.. berdesup menusuk hati bila dengar ayat-ayat pedih macam tu. Aku terfikir juga kenapa generasi aku struggle gila nak hidup zaman ni. Betul ke generasi aku ni manja? Ke, kami ni memang tak reti nak survive? Bila aku masuk office, aku muhasabah diri fikirkan balik ayat pakcik tu tadi.
Perbandingan dulu dan sekarang
Tahun 1980 an:
Gaji: RM 1,500 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 25,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 13,000
Double Cheeseburger: RM2.95
Tahun 2020
Gaji: RM 3,000 sebulan
Rumah Teres setingkat : RM 280,000 (luar Kuala Lumpur)
Kereta Honda Civic: RM 108,000
Double Cheeseburger: RM9.45
Jom kita compare.
1. Gaji 2020 vs Gaji 1980an:
RM 3,000 / RM 1,500
Result = Kenaikan 2x ganda
2. Rumah 2020 vs Rumah 1980an
RM 280,000 / RM 25,000
Result = Kenaikan 11x ganda!!
3. Kereta Honda Civic 2020 vs Kereta Honda Civic 1980an
RM 108,000 / RM 13,000
Result = Kenaikan 8.3x ganda!!
4. Double Cheeseburger 2020 vs Double Cheeseburger 1980an
RM 9.45 / RM 2.95
Result = Kenaikan 3.2x ganda!!

Gambar sekadar hiasan
Yes, nampak macam best. Nilai gaji naik 2x ganda. TETAPI, generasi hari ni.
• Kalau nak beli rumah teres setingkat di luar Kuala Lumpur. Kena usaha 11x ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.
• Kalau nak beli Honda Civic. Kena usaha 8.3x ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.
• Kalau nak makan Double Cheeseburger. Kena usaha 3.2x ganda lebih dari orang kerja tahun 80an.
Standard masa kerja tahun 80an dengan tahun 2020 sama je 8 jam. Tak berubah-ubah. So, kepada Pakcik tadi. Adakah ini bermaksud kami generasi muda?
• Kena kerja 88jam sehari (8 jam x 11 kali ganda) supaya kami dapat beli rumah teres setingkat?
• Kena kerja 66.4jam sehari (8 jam x 8.3 kali ganda) supaya kami dapat beli Honda Civic?
• Kena kerja 25.6jam sehari (8 jam x 3.2 kali ganda) supaya kami dapat makan Double Cheeseburger McD?

Gambar sekadar hiasan
Macam mustahil je Pakcik, setiap orang ada masa 24jam je sehari. Ok lah Pakcik. To be fair, wife saya pun kerja. Saya ada 24jam, wife saya 24 jam so, keluarga saya ada 48 jam sehari. Eh-eh nak beli Honda Civic pun tak lepas lah Pakcik. Sebab nak beli Honda Civic kena kerja 66.4jam sehari!
Lepas tu mesti Pakcik cakap, “Dah tau tak mampu. Kenapa nak beli rumah teres? Kenapa nak pakai Honda Civic?” Baik Pakcik, saya ubah lifestyle saya.
Rumah
TAK MAMPU beli rumah landed macam Pakcik. Beli PPR je lah.. RM35,000 (Itu pun kalau dapat bila apply). Dulu Pakcik beli rumah teres RM25,000 kan?
So, RM 35,000 / RM 25,000
Result = Kenaikan 1.4x ganda
Kereta
Pakai Axia 2nd hand je lah RM 25,000. Dulu Pakcik pakai Honda Civic harganya RM13,000 kan?
So, RM 25,000 / RM 13,000
Result = Kenaikan 1.9x ganda
McD? Tak payah makan lah. TAK MAMPU. Make sense lah kot nampaknya. Kata orang, ukur baju di badan sendiri kan. Tapi pelik ye? Gaji naik 2x ganda tapi lifestyle saya tak sama ngn Pakcik dulu-dulu. Tu tak masuk lagi cerita belanja harian. Belanja nak membesarkan anak, belanja bayar PTPTN, MARA.. Hairan saya Pakcik.
So, apa isu yang sebenarnya? Generasi saya ni MANJA ATAU KUASA BELI KITA YANG BERKURANG Pakcik? Fikir-fikirkanlah.