Gaji RM2,000 Tapi Mahu Beli iPhone 15 Pro Max Bayar Ansuran Selama 5 Tahun – “Tak Mampu Buat Cara Tak Mampu”

Kehidupan

Gaji RM2,000 Tapi Mahu Beli iPhone 15 Pro Max Bayar Ansuran Selama 5 Tahun – “Tak Mampu Buat Cara Tak Mampu”

Trend memakai telefon pintar yang paling ‘latest’ makin membimbangkan kerana ramai orang terutamanya anak muda sanggup membuat pinjaman demi utnuk memiliki model yang terkini.

Selain pinjaman, ramai juga yang menggunakan cara lain iaitu dengan membayar telefon terbabit secara ansuran bulanan.

Advertisement

iphone 15 pro max

 

Gaji Rm2K nak ansuran 5 tahun

Perkongsian seorang pengguna Facebook bernama Betterman Chan mendapat pelbagai respon selepas dia berkongsi tentang seorang individu yang mahu membeli iPhone terbaru dengan bayaran ansuran di kedainya.

Menerusi tangkap layar perbualan itu, individu berkenaan bertanya kepadanya tentang prsedur bayaran ansuran dan model iPhone yang ditawarkan di kedai tersebut.

Chan kemudian menjelaskan tawaran ansuran di kedainya hanya untuk mereka yang tiada slip gaji dek kerana pernah terkena dengan pelanggan sebelum ini yang tidak bertanggungjawab.

Sebab kami pernah kena scam. Bayar 6 bulan lepas tu hilangkan diri.

gaji 2K nak beli iphone gaji 2K nak beli iphone

Individu terbabit memaklumkan gaji bulanannya adalah RM2,000 dan dia cuba untuk mendapatkan ansuran dengan bayaran bulanan yang rendah dan kontrak selama 5 tahun.

 

Ukur baju di badan sendiri

Perkara itu mengejutkan Chan kerana selalunya bayaran ansuran untuk telefon tidaklah sehingga 5 tahun lamanya dan ia turut mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Chan juga sempat berseloroh dan bertanya rakan-rakan Facebook jika ada syarikat yang mahu memenuhi permintaan ‘gila’ individu berkenaan.

Ramai pengguna Facebook yang memberi respon dan rata-ratanya menyindir sikap segelintir orang yang tidak reti ‘ukur baju di badan sendiri’.

komen netizen

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 months ago

Gaji Hanya RM2,000 Tetapi Teman Wanita Minta Belikan Honda & iPhone 15 Pro - “ Terpaksa Buat ‘Loan’”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...