Jika sebelum ini Dato Aaron Aziz telah mengimbas kenangan kereta pertama yang dipakainya ketika awal penglibatannya dalam dunia seni, kali ini Hairul Azreen juga tampil berkongsi mengenai kereta pertamanya ketika mula bekerja.
Menurut pelakon Paskal dan juga suami kepada aktres Hanis Zalikha ini, kereta yang dimiliki ketika hanya bergaji RM1,600 itu telah melalui beberapa pengubahsuaian meskipun sering disindir kenalan.
“My first car. Dulu saya pasang spoiler semua cakap nak gantung baju ke! Dulu saya tukar bodu kit semua orang cakap, kau ingat kereta kau Subaru Impreza?”
Hairul dalam pada itu turut memberitahu, tiada salah jika ingin mengejar impian kerana kita tidak tahu sama ada impian itu akan menjadi kenyataan atau tidak.
Apa yang ingin disampaikan bapa kepada dua cahaya mata kepada orang ramai di luar sana adalah untuk terus mengejar impian dan tidak perlu peduli dengan kata-kata daripada mulut orang kerana hanya kita yang tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri.