“Gaji RM1,200, Kahwin Senyap Di Thailand” – Kisah Suami Nikahi Janda Anak Dua Dihencap Netizen

Kehidupan

“Gaji RM1,200, Kahwin Senyap Di Thailand” – Kisah Suami Nikahi Janda Anak Dua Dihencap Netizen

Seorang wanita meluahkan kekecewaannya apabila suaminya mengaku telah berkahwin lain di Thailand tanpa pengetahuannya, selepas 8 tahun berkahwin.

Lebih menyayat hati, pengakuan itu dibuat semasa mereka sekeluarga bercuti di Cameron Highlands, bertepatan dengan ulang tahun perkahwinan mereka.

Advertisement

Kami bercuti bersama anak-anak di Cameron. Dan bulan ini ulang tahun perkahwinan kami dan hari itu juga dia mengaku dah bernikah dengan kerani di pejabatnya yang juga seorang janda anak dua. Mereka bernikah di Thailand pada Mei 2024.

isteri dedah suami nikah janda

Wanita itu yang merupakan peniaga, turut memperoleh bukti seperti pasport dan sijil nikah suami. Lebih mengejutkan, suaminya hanya bergaji sekitar RM1,200 sebulan dan mereka tidak tinggal sebumbung.

Antara sebab dia tak bagi saya ikut katanya ‘tak nak serabut balik kerja’.

Netizen mengecam tindakan suami tersebut, menyifatkannya sebagai pentingkan diri dan tidak layak berpoligami.

netizen kecam suami nikah dua

Ramai turut mendoakan agar wanita ini terus kuat demi membesarkan dua orang anaknya.

adik-beradik kahwin seorang wanita india
2025-07-23 11:58:42

Kahwini Seorang Wanita, Adik-Beradik Lelaki Bermadu Demi Adat - "Ini Normal"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...