Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim, mendedahkan bahawa kadar gaji sebenar rakyat Malaysia telah menyusut hampir tiga kali ganda dalam tempoh 40 tahun.
Memetik laporan Sinar Harian, beliau berkata, berdasarkan pengiraan kasar, gaji permulaan graduan universiti hari ini hanyalah sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, berbanding RM1,300 sebulan yang beliau terima pada tahun 1984.

gambar hiasan
Namun, dengan mengambil kira kadar inflasi tahunan sebanyak lima peratus, gaji permulaan graduan pada hari ini sepatutnya mencecah sekitar RM7,000 hingga RM8,000 sebulan.
Itu bersamaan dengan kuasa beli sekitar RM300 hingga RM400 pada tahun 1980-an. Secara realiti, gaji kita sudah merosot sekurang-kurangnya tiga kali ganda.
Jika sistem pendidikan dan struktur ekonomi negara tidak dirombak, anak-anak kita berkemungkinan terpaksa bekerja sebagai buruh berkemahiran rendah.
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia telah lama berada dalam perangkap pendapatan sederhana, dan isu gaji rendah bukanlah perkara terpencil, sebaliknya berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkait.

gambar hiasan
Jelasnya lagi, faktor terlibat adalah kebergantungan kepada pekerja asing, kegagalan mewujudkan pekerjaan bergaji tinggi dan berkualiti serta kelemahan sistem pendidikan.
Tambah beliau, ekonomi Malaysia kini juga kurang cekap dan tidak berskala besar, menyebabkan kita gagal mencipta peluang pekerjaan berkualiti buat para graduan tempatan.
Beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa sistem pendidikan dan latihan kemahiran yang ada hari ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi memenuhi keperluan pasaran kerja abad ke-21, sekali gus menjejaskan daya saing dan produktiviti negara.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.