Gaji Pekerja Asing Lebih Tinggi Di Malaysia, Mungkin Inilah Sebabnya.. Setuju Tak?

Trending

Gaji Pekerja Asing Lebih Tinggi Di Malaysia, Mungkin Inilah Sebabnya.. Setuju Tak?

Sebelum ini telah viral dan menjadi topik hangat apabila gaji pekerja asing dikatakan lebih tinggi berbanding warga tempat kita di Malaysia.

Advertisement

Kali ini sekali lagi seorang lelaki telah memuatnaik sekeping gambar yang mendakwa seorang pekerja asing warga Bangladesh menerima gaji RM5000 sebulan. Memang banyak.

Ekoran gambar itu yang dikongsikan di laman sosial semalam, timbul pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengatakan seolah-olah orang tempatan dianaktirikan kerana gaji anak tempatan terlalu ramai rendah daripada gaji yang diterima pekerja asing berkenaan.

Namun dalam masa yang sama tak kurang juga yang bersetuju warga asing berkenaan diberi gaji sedemikian kerana setimpal dengan kerja yang dilakukannya.

Pada pendapat peribadi admin sendiri, setuju sebenarnya pekerja asing ini diberikan gaji seumpama ini dengan tenaga kerja mereka. kenapa?

Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan pekerja asing yang duduk di Malaysia seolah-olah ‘hidup untuk kerja’, beliau memang bekerja dalam bidang yang mencabar untuk menerima gaji basic RM2,464 itu, perlu diketahui kalau orang tempatan menceburi bidang ini gaji basic lebih tinggi dari lelaki warga asing ini.

Namun kerana hidupnya di Malaysia hanya untuk bekerja, dia melakukan ‘Normal OT’ sebanyak 95 jam sebulan melayakkan dia mendapat gaji OT sebanyak RM1,995.

Selain itu, dilihat cuti mingguannya turut dikorbankan, pekerja asing ini melakukan ‘Rest Day OT’ sebanyak 41 jam sebulan membolehkan dia mendapat RM1,148, dengan jumlah keseluruhan gaji bulanannya adalah RM5,607.

Memang berbaloi dengan kerja yang dilakukannya, memang mereka hidup untuk kerja, balik kerja lewat malam dan hari cuti mingguan pun bekerja.

Ada netizen yang menurunkan komen, pekerja tempatan malas, ini admin tidak bersetuju, kita tidak boleh samakan hal ini dengan pekerja asing.

Dalam hal ini tiada mana-mana pihak yang patut dipersalahkan, gaji yang mereka dapat adalah setimpal dengan kerja mereka yang tiada cuti, hidup di Malaysia hanya untuk kerja.

Syarikat-syarikat di Malaysia juga janganlah cuma buka peluang pekerjaan kepada warga asing, berilah peluang kepada warga tempatan untuk bekerja kerana masih ramai yang tiada kerja diluar sana. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi yang akan bantu warga kita?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...