Gaji Minimun Dinaikkan Ke RM1700, Ini Beberapa Intipati Belanjawan 2025 Yang Perlu Diketahui

Berita

Gaji Minimun Dinaikkan Ke RM1700, Ini Beberapa Intipati Belanjawan 2025 Yang Perlu Diketahui

Sedia maklum, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen pada pukul 4 petang tadi.

Berikut merupakan beberapa intipati dan ringkasan Belanjawan 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia:

Advertisement

1. Ekonomi negara dijangka berkembang kukuh antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus, didokong langkah dan strategi Belanjawan MADANI Ketiga 2025.

2. Cukai jualan yang digunakan untuk barangan makanan asas tidak akan dikenakan buat rakyat.

3. Jumlah hutang baru berjaya diturunkan, turun sebanyak RM5 bilion, di mana pada tahun 2025 dijangka menurun jadi RM80 bilion,  jika hendak dibandingkan dengan tahun 2024 iaitu RM85 bilion.

4. Cukai jualan akan dikenakan pada makanan bukan asas iaitu barangan premium yang diimport seperti avokado dan ikan salmon.

5. Kerajaan cadang laksana penyasaran subsidi petrol RON95 di pertengahan 2025, penjimatan dapat memberi manfaat untuk kesejahteraan rakyat.

6. Harga RM2.05/liter akan dikekalkan buat 85% rakyat.

7. Peruntukan pembangunan Sabah dan Sarawak terus diberi keutamaan.

8. Kerajaan mencadangkan kenaikan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah pada tahun 2025.

9. Membenarkan dan memberi kebebasan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan tegas dengan mengheret pesalah rasuah ke muka pengadilan.

belanjawan 2025

10. Kerajaan akan memberi peningkatan tertinggi buat Sumbangan Tunai Ramah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun hadapan.

11. Penerima SARA akan diperluaskan sebanyak 4.1 juta penerima, manakala penerima STR kategori isi rumah pula akan dikreditkan sebanyak RM100 sebulan dan difahamkan, bantuan akan mula diberi pada April 2025.

12. Buat bujang pula, kadar baharu telah dinaikkan menjadi RM600.

13. Hal yang menarik perhatian apabila PM Anuar Ibrahim memaklumkan kadar gaji minimun yang ketika ini sebanyak RM1500 naik menjadi RM1700 dan mula berkuat kuasa pada Februari 2025.

14. Kerajaan membuat keputusan untuk penangguhan kuat kuasa gaji minimum RM1700 membabitkan majikan yang hanya mempunyai pekerja kurang daripada lima pekerja dalam tempoh 6 bulan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

belanjawan 2025

15. Bantuan buat penjawat awam Gred 56 dan ke bawah (termasuk lantikan kontrak) iaitu Bantuan Khas Kewangan akan diberi sebanyak RM500.

16. Bantuan tersebut akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran yang sudah pencen dan tidak pencen sebanyak RM250.

17. Difahamkan, bantuan berkenaan mula disalurkan kepada penerima pada Februari 2025.

COO Speedmart tampil buat penjelasan
4 months ago

"Kami Bayar Lebih Daripada Gaji Minimum Ditetapkan Kerajaan" - 99 Speed Mart Jawab Dakwaan Aniaya Pekerja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : E Central

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...