“Gaji Minimum RM1700 Boleh Capai Simpanan RM1 Juta Menjelang Usia Persaraan” – KWSP

Berita

“Gaji Minimum RM1700 Boleh Capai Simpanan RM1 Juta Menjelang Usia Persaraan” – KWSP

Siapa saja yang tidak mengimpikan mempunyai berjuta ringgit di dalam akaun simpanan kerana percaya ia boleh menampung perbelanjaan untuk jangka masa yang lama.

Gaji RM1700 boleh ada wang KWSP jutaan ringgit?

Tetapi untuk yang gaji RM1700 boleh ke mempunyai simpanan banyak itu? Sebenarnya boleh tau! Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Jabatan Dasar dan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu Balqais Yusoff sewaktu ditemubual oleh pihak Astro Awani.

Advertisement

Menurutnya, simpanan secara konsisten boleh membolehkan tabung KWSP mencapai RM1 juta biarpun bergaji minimum bermula RM1700.

Apatah lagi untuk graduan yang mempunyai pekerjaan pertama bergaji lebih tinggi seperti RM3000 secara relatifnya lebih mudah untuk capai.

Perlu konsisten, tak boleh keluarkan duit

Bahkan, wang simpanan RM1 juta itu hanya datang daripada akaun KWSP saja, belum termasuk akaun simpanan yang bermaksud seseorang boleh raih lebih banyak daripada itu.

kwsp

Namun begitu, kunci untuk mendapat wang tabungan jutaan ringgit itu adalah perlu konsisten dengan caruman dan tidak mengeluarkan wang dari akaun 3 sehingga waktu yang sesuai.

rugi lebih 600ribu duit kwsp ditipu scammer
5 days ago

Habis Licin Duit KWSP Lebih RM600,000 Ditipu ‘Scammer’ Pelaburan Di Media Sosial

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...