Mulai 1 September, lebih 53,000 pekerja runcit di Singapura akan menerima kenaikan gaji berterusan, termasuk latihan berfokus dan laluan kerjaya jelas di bawah Retail Progressive Wage Model (PWM).
Menurut Mothership.sg, PWM yang diterima kerajaan berdasarkan syor Tripartite Cluster for Retail (TCR), akan menyediakan jadual kenaikan gaji berterusan selama tiga tahun dari 2025 hingga 2027.
Pekerja runcit akan menerima sekurang-kurangnya gaji permulaan PWM sebanyak S$2,305 (RM7,591), meningkat daripada kadar semasa iaitu S$2,175 (RM7,165).
Bagi tempoh 2025 hingga 2027, gaji kasar bulanan asas akan meningkat daripada S$2,305 (RM7,591) kepada S$2,565 (RM8,445).
Pekerja runcit boleh menjangkakan kenaikan gaji tahunan sehingga S$160 (RM526) dalam tiga tahun akan datang.

Gaji PWM mulai 1 September 2027 tertakluk kepada semakan pada tahun 2026 dan jika keadaan ekonomi bertambah baik, gaji kasar asas PWM bagi tahun 2027 mungkin diselaraskan ke paras lebih tinggi.
Namun, skim PWM ini tidak termasuk pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura menggunakan Work Permit atau S Pass.
Malangnya tidak, ini kerana PWM hanya meliputi lebih 53,000 pekerja runcit sepenuh masa dan sambilan yang merupakan penduduk tetap Singapura sahaja.
Bagi pekerja Malaysia, majikan tidak diwajibkan mematuhi skim PWM dan kadar gaji mereka ditentukan mengikut pasaran atau terma kontrak yang dipersetujui.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.