“Gaji Cleaner RM13K, Saya Menangis Dengan Gaji RM2K…” – Iklan Kerja Di Singapura Buat Rakyat Malaysia Tergamam

Kehidupan

“Gaji Cleaner RM13K, Saya Menangis Dengan Gaji RM2K…” – Iklan Kerja Di Singapura Buat Rakyat Malaysia Tergamam

Satu iklan kerja kosong sebagai tukang cuci di Singapura mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia selepas ia tular di platform Reddit.

Bertugas sebagai pencuci tapi bersyarat, kena ada ijazah

Apa yang membuatkan ramai terkedu apabila iklan itu menunjukkan gaji asas mencecah SGD3,200 hingga SGD3,300 (sekitar RM10,500 hingga RM10,800) dan boleh meningkat hingga SGD4,000 (lebih RM13,000) jika termasuk kerja lebih masa.

Advertisement

gaji cleaner sg

Iklan tersebut yang dimuat naik di laman Indeed adalah untuk jawatan “Cleaning Specialist” di sebuah syarikat pengurusan fasiliti di Singapura, di mana tugasnya termasuk cuci tandas dan kerja-kerja pembersihan umum.

Namun apa yang mencuri perhatian ramai, iklan itu meletak syarat pemohon memiliki ijazah dan graduan baru juga digalakkan mohon.

‘Cuci tandas RM10K, menangis dengan gaji asas RM1,700’

Perkongsian tersebut mula tular selepas seorang pengguna Reddit di forum r/Bolehland memuat naik tangkap layar iklan sambil menulis:

Cuci tandas dengan gaji RM10,000.. menangis dalam gaji RM1,700 – sindiran terhadap jurang besar gaji antara Malaysia dan Singapura.

Ruangan komen dipenuhi luahan rakyat Malaysia yang merasakan keadaan sekarang sangat mencabar, sehinggakan ramai pemegang ijazah sanggup ambil apa-apa kerja asalkan gaji lebih tinggi.

gaji cleaner di singapore

Ada juga netizen yang menjelaskan, syarat ijazah mungkin untuk elak risiko kesihatan, kerana pernah ada individu menyalahguna bahan pencuci untuk tujuan memabukkan diri.

Namun ramai bersetuju, gaji RM10,000 hingga RM13,000 sebagai tukang cuci tetap merupakan satu peluang yang besar bagi rakyat Malaysia yang berada di situasi yang terdesak.

pejuang sgd
2025-08-12 17:15:41

Gaji Minima Pekerja Runcit Singapura Dinaikkan Sehingga RM8,500 – Apa Impaknya Buat ‘Pejuang SGD’ Malaysia?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Reddit

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...