Sebelum melangsungkan perkahwinan, banyak perkara yang perlu disemak secara terperinci bagi melancarkan perjalanan majlis. Yelah, majlis kahwin siapa yang tak nak buat secara meriahkan?
Maka tidak hairanlah ada dalam kalangan bakal pengantin yang mengambil keputusan membuat personal loan bagi kegunaan majlis perkahwinan. Patut atau tidak? Sedangkan boleh je buat secara sederhana tapi masih kekal meriah.
Ikuti kisah wanita ini yang didatangi pasangan mahu melakukan personal loan RM50 ribu semata-mata untuk majlis kahwin!
“Nak pinjam untuk majlis kahwin kak”
Kahwin dan Personal Loan
————————————-
Tadi ada Si Kacak dan Si Jelita datang ke bank dan bertanya tentang Personal Loan. Dengan gaji yang kurang daripada 3K dan berhajat untuk meminjam RM50K personal Loan.
Bella probe further tujuan dia nak pinjam PL sampai RM50k sambil telan liur..
Si kacak ni sambil tersengih dia cakap “Nak Pinjam utk Majlis Kawen kak.” sambil memandang Si Jelita yang dah tersenyum malu2 kucing..
Bila Bella cakap, dgn gaji Si Kacak ni, dia hanya layak meminjam max RM10k. Itu pn kalau tiada komitment yang lain.
Si Kacak memandang hampa Si Jelita.. “Alaa kak, takkan dapat RM10k je kak? Mana cukup nak buat majlis”
“Haah Kak, RM10k tu baru dapat beli barang2 hantaran” tambah Si Jelita
Bella xtahu nak sound tepek ke nak bagi ceramah free ke.. Bella senyum y manis nya tahap dewa 19 then tanya tentang Majlis yang dorang rancang.
Majlis akan di adakan selepas raya. Jadi ada kurang lebih 5 bulan untuk buat persiapan.
“Dik, utk majlis kahwen adik tu, memg lah kawen sekali seumur hidup, tapi lepas kawen pun nak hidup jugak dik. Plan accordingly, and buat lah majlis semampu korang berdua”
Eh, sopan sangat nasihat Bella kan??
“Buat lah semampu korang”
Si Kacak & Si Jelita buat Muka x puas hati. agak nya dalam hati kutuk “Eh majlis kami, sukati kami lah!”
Korang, Majlis Kawen ni Korang nak buat y paling gempak ke, y paling hipster ke, y paling mahal ke, yang sederhana ke, y xde majlis ke, tetap ada yang akan mengata, tetap ada yang tak puas hati.
Yang menanggung kenduri kendara tu KORANG, yang menanggung HUTANG kawen tu KORANG.. Buat lah semampu korang. Jgn nak sama kan orang yang ada RM1Juta dalam account berbanding korang yang hujung bulan tinggal RM17.50 sementara lagi 10hari nak gaji.
Kahwen and personal Loan?? Lepas kawen pun nak hidup jugak. Karang PL belum habis bayar dah gaduh laki bini siapa nak tolong bayar Loan… Huishhh
Kalau semua nak dengar umpatan orang, huisshhh x boleh hidup weyh!
Ehh… Terbebel pulakk.. Akhir Kata, jangan jadi Si kacak tetapi kurang akal.. Dan si Jelita yang giler glemer… ehh??
Love,
Bella Leana
Banker Pilihan Anda
psstt: Bella nak apply PL RM100k nak jamu korang semua kat majlis kawen bella.. krik krik krik
Sumber : Bella Leana