Gaji Ciput Boleh Ke Beli Rumah? Ini Tips Yang Patut Anda Ikuti

Trending

Gaji Ciput Boleh Ke Beli Rumah? Ini Tips Yang Patut Anda Ikuti

Bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga impian pertama mereka adalah memilki sebuah rumah sendiri. Bila diambil kira tentang pasaran hartanah dan dibandingkan dengan gaji yang diperolehi setiap bulan, pastinya impian itu suka untuk dilaksanakan.

Difikirkan semula dengan komitmen bulanan sedia ada seperti sewa rumah, kereta, bil itu dan ini, akhirnya gaji yang sedia ada semakin ‘ciput’ jadinya.

Advertisement

Sebenarnya ada caranya, ikuti tips yang diberi oleh Tok Penghulu daripada Gila Hartanah ini. Moga-moga ada rezeki untuk anda semua memiliki sebuah rumah.

“Gaji ciput, macam mana nak beli rumah??”

Ini adalah antara masalah yang membelenggu segenap masyarakat marhaen di negara kita. Gaji kecil, tak mampu nak beli rumah.

Tok nak share tips dan apa yang anda boleh buat kalau nak beli rumah dengan gaji yg kecil.

1.Buat analisa kewangan diri sendiri

Analisa kewangan diri termasuklah pengiraan DSR, NDI, dan hutang dengan bank untuk tahu kelayakan harga rumah yg boleh dibeli dgn gaji korang.

Boleh pergi tanya kelayakan dengan bank berdekatan korang. Jangan lupa bawa slip gaji sekali.

2. Butikan pada bank yang anda mampu

Anda kena buktikan kepada pihak bank yang korang mampu bayar ansuran bulanan.

Apa cara untuk buktikan?

Caranya, kena apa hitan putih lah, jangan cakap kosong korang ada simpanan RM20,000 bank mesti tak percaya. Jadi, kepilkan sekali sokongan pendapatan korang seperti simpanan di Tabung Haji ataupun ASB.

3. Jaga DSR elok-elok

DSR ini adalah Nisbah Hutang Pada Pendapatan. Ini sangat penting untuk korang jaga.

Korang kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000. Kalau korang dah ada hutang kereta, hutang peribadi, korang kena tambahkan pendapatan dulu.

4. Settlekan PTPTN

Baiki CCRIS. Jika CCRIS PTPTN korang barai, baiki dulu. Bawa bincang dengan pegawai PTPTN tu. Bayar tunggakan guna KWSP.

Ingat kalau hutang PTPTN pun korang tak mampu bayar, macam mana bank boleh yakin korang mampu bayar ansuran bulanan rumah nanti?

5. “Ada ke rumah monthly kurang RM1,000 sebulan?”

Cari hartanah yang ansuran bulanannya tak melebihi RM1,000 sebulan.

Gunakan formula kiraan kasar ni : “Ansuran bulanan X 200 = Anggaran Harga Rumah” Ini contoh cara kiraan :

RM1,000 X 200 = RM200,000

Jadi, kalau korang mampu simpan RM1,000 sebulan, baru la korang boleh beli rumah berharga RM200,000.

6. Cara bayar ansuran bulanan rumah tanpa guna duit sendiri

Carilah hartanah yang dapat memberi aliran tunai positif. Yang mampu cover ansuran bulanan yang perlu dibayar kepada bank.

Korang kena kaji potensi rumah yang korang nak beli terlebih dahulu.

7 : Kaji permintaan sewaan

Carilah lokasi yang mempunyai permintaan yang tinggi seperti kawasan yang mempunyai kawasan IPTA/IPTS, pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan hospital, pengangkutan awam dan sebagainya.

8 : Perjanjian sewa – ‘Alat’ mudahkan bank lulus loan rumah?

Sediakan perjanjian sewaan yang lengkap dan dimatikan setem di LHDN. Sewakan setiap bilik lagi untung. Sediakan perabot asas seperti mesin basuh, dapur, peti sejuk, katil dan sebagainya.

Biarkan ada transaksi duit masuk dalam bank korang setiap bulan selama 6 bulan sebelum memburu rumah ke-2 dan seterusnya.

Kebanyakan bank akan anggap perjanjian sewaan tu sebagai pendapatan. Ada bank kira 80%. Ada bank kira 70%.

9 : Apa pun, diri sendiri dulu

Asasnya, carilah ilmu. Orang nak suruh korang pergi seminar atau beli buku, korang malas nak layan. Sampai bila korang nak duduk takuk yang sama?

Jangan ikut orang. Ikut kemampuan kewangan dan minat korang.

Semua ini perlu ilmu, strategi, dan pengorbanan. Dah faham serba sedikit?

Sebab tu ada orang yang bergaji bawah RM3,000 boleh beli banyak rumah guna perjanjian sewaan ini. Korang kena ada banyak ilmu, pengorbanan dan strategi.

Janganlah pulak korang berangan untuk beli rumah mewah terlebih dahulu, memang takkan mampulah. Cuba beli rumah subsale atau lelong dahulu.

Ayuh kita sama-sama berusaha bukan menyalahkan orang lain. Tak perlu berhutang sana sini untuk nampak kaya!

 

Sumber: Tok Penghulu 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...