Siapa je yang tak suka bila tibanya hari gaji kan? Boleh dikatakan kebanyakkan pekerja pasti akan menunggu hari gaji tiba kerana mahu membayar komitmen serta membelanja diri ataupun keluarga.
Tapi korang tahu tak, ada individu yang mempunyai gaji yang besar tetapi hujung bulan hanya tinggal dua angka saja.
Melalui platform Facebook, baru-baru ini, ada seorang wanita berkongsikan punca-punca perkara tersebut berlaku terhadap seseorang yang biarpun bergaji lebih RM5000 tetapi masih tidak cukup.
1. Duit masuk, terus ‘reward’ diri
Kita semua pernah rasa, kan? Gaji masuk je, rasa macam ‘deserve’ untuk reward diri sendiri. Makan di restoran mewah, shopping barang berjenama, atau melancong.
Memang tak salah untuk beri reward kepada diri sendiri, tapi kalau berbelanja berlebihan tanpa fikir kemampuan sebenar, lama-lama boleh mencabar kewangan jangka panjang.
2. Upgrade gaya hidup secara drastik
Bila gaji naik, ada yang rasa perlu terus upgrade gaya hidup dengan membeli barang-barang mahal, tukar kereta, atau hidup lebih mewah.
Perubahan gaya hidup yang drastik tanpa sebarang perancangan kewangan yang betul boleh jadi punca besar kenapa duit cepat habis, walaupun pada hakikatnya gaji kelihatan cukup.
3. Campur satu duit dalam satu akaun
Ada yang campur duit simpanan, duit harian dan duit komitmen dalam satu akaun. Bila buat macam ni, sukar untuk mengesan ke mana duit dibelanjakan, dan akhirnya terasa macam duit keluar masuk tanpa kita sedar.
Akibatnya, gaji cepat habis dan sukar untuk simpan duit secara konsisten.
4. Tak pernah rekod duit keluar
Satu lagi tabiat buruk yang ramai orang buat adalah tidak mencatatkan aliran keluar masuk wang.
Tanpa rekod yang jelas, kita akan susah nak kawal perbelanjaan harian dan lama-lama tak sedar berapa banyak duit yang dibelanjakan untuk benda yang tidak diperlukan.
5. Simpan bila ada duit lebih je
Ramai yang beranggapan menyimpan ni hanya perlu buat bila ada duit lebih tetapi simpanan yang tak konsisten ni sebenarnya bukan cara yang betul.
Kalau tunggu duit lebih, mungkin tak pernah sempat untuk simpan! Menabung perlu jadi amalan tetap, tak kira berapa jumlah duit yang ada.
BACA: MEF Anggap Cadangan Gaji RM5,000 Sebagai Tidak Realistik, Ekonomi Masih Parah